
Rosdzaman Mohd Yusop
Kenyataan Rasmi GBN
Baru ini, PBB membuat pengesahan rasmi bahawa kerajaan Malaysia, menerusi notis bertarikh 29hb April 2019, menyatakan hasrat untuk menarik Surat Persetujuan Malaysia secara rasmi berkuatkuasa serta merta.
Untuk makluman, surat tersebut merujuk kepada notis bertulis yang diutuskan oleh Kementerian Dalam Negeri kepada Setiausaha Agong PBB untuk menyatakan persetujuan kerajaan Malaysia tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Statut Rom
Umum sedia maklum bahawa Kementerian Dalam Negeri pada ketika ini berada di bawah penguasaan Yang Berbahagia Dato’ Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari Indera Mahkota.
Justeru, rakyat Malaysia seharusnya memberi tumpuan kepada Saifuddin dan menuntut agar beliau dipecat kerana tidak mendapat perkenan Majlis Raja-Raja mahupun berbincang di Parlimen sebelum mengutus Surat Persetujuan Malaysia.
Tindak-tanduk beliau bukan hanya menghina raja-raja Melayu, ianya turut merupakan satu penghinaan kepada institusi parlimen, institusi demokrasi dan turut merupakan penyalahgunaan kuasa oleh seorang yang menjawat jawatan menteri.
Sekian.
