STATUT ROME SERANGAN HALUS KERAJAAN PAKATAN TERHADAP RAJA-RAJA

Sahruddin Esa

Berhubung perkara Statut Rome ini, Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam tweetnya pada 4 Mac 2019, sejurus Statut Rome ditandatangani Malaysia, memberikan pembayang yang sangat membimbangkan kepada rakyat Johor dan Malaysia.

Secara amnya, ia tidak difahami oleh rakyat sehingga pada 5hb Mac 2019, Tuanku mengesahkan ia sememangnya berkait dengan Statut Rome yang bakal menggugat agama Islam, kedaulatan Raja-Raja dan orang-orang Melayu. (Rujuk lampiran)

Yang menyedihkan, sehingga ke saat ini majoriti orang-orang Melayu dan pemimpinnya masih belum sedar akibat buruknya untuk bangkit menentang Statut Rome ini, kerana sedang disibukkan dengan isu yang dicipta seperti penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wasallam, terbaru tuduhan ‘declaration war on Non Muslim’ oleh LGE dan terkini pengusiran orang Melayu dari PPR dan Tanah Wakaf di Pulau Pinang.




Sedarlah dan Bangkitlah semua!

Sesuatu yang hebat dan buruk sedang berlaku sekarang ini, lebih buruk dari ICERD dan diversion segala isu yang diciptakan sekarang.

STATUT ROM adalah serangan halus kepada tunjang perlembagaan iaitu Raja-Raja Melayu yang menjadi payung agama Islam dan seluruh orang-orang Melayu.

Bahkan, kita mempersoalkan kenapa ia dilakukan secara diam tanpa diketahui rakyat, melainkan selepas ditandatangani?

Apa keperluan Statut Rome ini dan manfaatnya kepada negara? Tidak cukupkah lagi undang-undang yang sedia ada, termasuk undang-undang khas kepada Raja-raja?

Kenapa Menteri Luar masih berdiam diri sehingga kini, melainkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Wisma Putra pada 5hb Mac lalu?

Bangkitlah Melayu!

Loading...

Perlembagaan negara bertunjangkan Islam dan orang-orang Melayu sedang digoncang! Sewajarnya, sesuatu mesti dilakukan segera SEBELUM BERLAKUNYA RATIFIKASI STATUT ROME ini dalam masa terdekat.

Semoga ALLAH memelihara, melindungi dan memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada kita semua umat Islam dan orang-orang Melayu di Malaysia.

BANGKIT!

Saya tidak sanggup melihat YDP Agong dan Raja-Raja Melayu saya dihakimi kafirin, dan bakal dizalimi di mahkamah antarabangsa oleh mana-mana tuduhan yang belum terbukti kebenarannya oleh rakyat pengkhianat negara ini!

DAULAT TUANKU!

Rujuk perkongsian saya sebelum ini berkaitan apa itu Statut Rome :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218732947058247&id=1336574914



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...