Strategi Najib ‘tukar peguam’ makan diri

“Jika benar Najib mengatur strategi untuk menukar pasukan pembelaan semata-mata untuk cuba membeli masa dengan menangguh pendengaran rayuan terakhirnya, maka strategi ini terang-terang memakan diri Najib”

Raggie Jessy Rithaudeen

ستراتيڬي نجيب ‘توكر ڤڬوام’ موڠكين ماكن ديري

Setelah permohonan “Queen’s Counsel” gagal, Najib bertindak menukar pasukan pembelaan bagi rayuan terakhir kes SRC atas sebab-sebab yang tidak pernah diperincikan atau dijelaskan dengan cara yang memuaskan.

Pasukan baharu yang dilantik kemudian bertindak memohon menangguh pendengaran rayuan terakhir SRC di Mahkamah Persekutuan, berbekalkan alasan mereke memerlukan masa untuk selidik kes berkenaan.




Namun, saya difahamkan bahawa tindakan ini melanggar etika guaman, kerana pasukan baharu itu seharusnya maklum tentang jadual pendengaran yang sudah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dan bersedia untuk menghadiri mahkamah sebelum bersetuju untuk mewakili Najib.

Semalam, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pasukan pembelaan baharu Najib untuk menangguh pendengaran kes dan memutuskan untuk meneruskan pendengaran rayuan utama seperti yang dijadualkan.

Sekiranya benar Najib mengatur strategi untuk menukar pasukan pembelaan semata-mata untuk cuba membeli masa dengan menangguh pendengaran rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, nyata sekali strategi Najib gagal.

Kini, pasukan Najib hanya tinggal lapan hari untuk mengemukakan penghujahan rayuan utama melainkan tempoh ini ditambah atas budi bicara mahkamah.

Lapan hari adalah tempoh yang teramat pendek untuk membentangkan 94 alasan mengapa Najib  harus dibebaskan daripada tujuh tuduhan menyeleweng dana SRC, melainkan peguam yang membelanya cukup fasih berhubung selok belok kes ini.

Memandangkan Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam bela asal Najib yang mempertahankannya daripada peringkat Mahkamah Tinggi ke peringkat Mahkamah Rayuan, saya berpendapat bahawa Shafee memiliki kepakaran yang sesuai dalam situasi genting ini.

Malangnya, Najib kini terpaksa berpaut pada pasukan pembelaan baharunya di Mahkamah Persekutuan, dan ini adalah risiko yang teramat besar buat Najib dan mungkin juga kesilapan terbesarnya dalam rayuan ini.

Loading...

Pendek kata, jika benar Najib mengatur strategi untuk menukar pasukan pembelaan semata-mata untuk cuba membeli masa dengan menangguh pendengaran rayuan terakhirnya, maka strategi ini terang-terang memakan diri Najib.

Ini sekadar pandangan peribadi saya



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...