SUDAH SAMPAI MASA AGONG PERTIMBANG MANSUH DARURAT YANG DIISYTIHAR ATAS NASIHAT PERDANA MENTERI YANG TIADA KEABSAHAN

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

سوده سمڤأي ماس اڬوڠ ڤرتيمبڠ منسوخ ضرورت يڠ داشتهار اتس نصيحت ڤردان منتري يڠ تياد كأبسهن

Kita tidak pernah mempertikaikan hak KDYMM Agong di bawah perkara 150 (1) perlembagaan persekutuan untuk mengisytiharkan proklamasi Darurat.

Tetapi dalam masa yang sama keseluruhan rakyat merafak sembah seterusnya merayu kepada KDYMM Tuanku untuk mempertimbangkan kearah menarik balik perisytiharaan proklamasi Darurat sepertimana yang dinasihati oleh seorang perdana menteri yang tiada keabsahan.

Perdana Menteri masakini telah ‘misled’ KDYMM Agong untuk mengisytiharkan proklamasi Darurat semata-mata demi kepentingan kelangsungan politik peribadi saja.




Pengisytiharan proklamasi Darurat ini telah meninggalkan pelbagai implikasi negatif terhadap suasana ekonomi, politik dan keatas rakyat Malaysian secara menyeluruh.

Masakini, keadaan rakyat marhein sedang melalui penghidupan harian dalam keadaan yang amat mencabar serta memeritkan.

Keseluruhan rakyat jelata tidak faham serta keliru samada proklamasi Darurat ini berteraskan ‘Darurat kesihatan’ ataupun ‘Darurat politik?’

Dunia luar pun banyak mengisytiharkan proklamasi Darurat pada hari ini tetapi ianya adalah ‘Darurat kesihatan’ tanpa menjejaskan amalan sistem demokrasi berparlimen.

Kerajaan asing mengisytiharkan proklamasi Darurat tanpa menggangtung parlimen mereka dari bersidang.

Amalan demokrasi berparlimen tetap ‘mekar’ di negara-negara luar yang mengisytihar proklamasi Darurat kerana semua pihak beranggapan bahawa hanya melalui institusi parlimen sajalah yang boleh ‘check and balance’ sistem pentadbiran pada saat negara berada di bawah proklamasi Darurat.

Perisytiharan proklamasi Darurat ini juga sepatutnya perlu dibawa ke parlimen untuk mendapatkan keabsahannya.

Loading...

Kalau kita nyatakan proklamasi Darurat ini berteraskan ‘Darurat kesihatan’ sepatutnya perdana menteri yang tiada keabsahan ini tidak harus mengarahkan peruntukan lebih kurang rm35 juta untuk membina dewan di kawasan parlimen beliau.

Mana yang lebih penting?! Membina dewan atau sepatutnya membina pusat perubatan sementara bagi mengatasi permasalahan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara masakini yang harus diberi keutamaan?

Kenapa perkara sebegini rupa berlaku? Ini adalah kerana ‘kuasa mutlak’ telah diberikan kepada seorang perdana menteri yang tiada keabsahan dan satu badan untuk ‘check and balance’ stail pentadbiran kerajaan masakini di kala Darurat tidak ujud.

Inilah yang membimbangkan keseluruhan rakyat Malaysian kerana kerajaan ‘tebuk atap’ PN boleh bertindak secara sewenang-wenangnya.

Salahguna kuasa dan pelbagai salahlaku kemungkinannya akan berlaku secara sewenang-wenangnya.

Reputasi negara akan tercemar dan natijahnya lebih banyak negara-negara luar akan memandang sepi serta hilang keyakinan terhadap negara kita.

Jika situasi ini berlaku maka ianya akan membantutkan perkembangan ekonomi negara kerana ‘foreign direct investments’ tidak akan mengalir masuk ke negara kita lagi.

Pada realitinya, banyak lagi kesan-kesan buruk yang boleh diketengahkan terhadap ekonomi, politik dan sosial negara akibat daripada perisytiharan proklamasi Darurat ini.

Hak KDYMM Agong tidak dipertikaikan sama sekali.

Selaku rakyat yang senantiasa menjunjung tinggi perlembagaan persekutuan serta institusi DiRaja amat menghormati hak KDYMM Agong cuma yang dipertikaikan hanyalah tindakan perdana menteri yang tiada keabsahan menasihati KDYMM Agong di saat beliau sudah tidak mempunyai sokongan majoriti ketika mengadap KDYMM Agong pada waktu tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai muslihat politiknya yang tersendiri.

Secara jujur dan ikhlas dengan perasaan penuh tawadduk; keseluruhan rakyat merafak sembah pada KDYMM Agong bagi mempertimbangkan untuk menarik balik perisytiharan proklamasi Darurat ini.

‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’ dan hanya KDYMM Agong serta keseluruhan Raja-Raja Melayu saja tempat rakyat bergantung harapan demi masa depan bangsa, agama serta tanahair yang tercinta ini.

Tindakan patek sekalian yang hina-dina ini hanyalah untuk mempertahankan perlembagaan negara dan memelihara imej institusi DiRaja yang ditaati senantiasa.

Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang berselindung di sebalik pandemik Covid-19 dan mempunyai agenda yang tersirat di sebalik perisytiharan proklamasi Darurat ini.

Ampun Tuanku Beribu Ampun; sembah patek harap diampun.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...