Sudah-sudahlah tu Ramkarpal, fokus pemimpin DAP yang celupar, bukan Zakir Naik

Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup. Sumber (gambar): TTF

Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

Ramkarpal seharusnya menumpukan lebih perhatian kepada sifat celupar sesetengah pemimpin DAP yang mampu ganggu-gugat perpaduan dan integriti nasional daripada terus memberi focus kepada Zakir Naik.

Sebelum ini, banyak kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang tidak pernah dikenakan tindakan disiplin ataupun ditegur biarpun kenyataan-kenyataan tersebut berpotensi mengapi-apikan perasaan benci antara kaum Cina dan Melayu-Islam.




Dimanakah Ramkarpal ketika Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’?

Dimanakah anak mendiang Karpal Singh yang terkenal dengan ‘gelaran Tiger of Jelutong’ ini ketika Yeo Shen Li mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah?

Apakah Ramkarpal terlupa akan perlunya sikap “timbang rasa, sensitiviti dan diplomasi” dalam perbincangan yang melibatkan masyarakat majmuk apabila Datuk Ngeh Koo Ham secara terbuka menyeru agar supaya umat Islam diberikan kebebasan keluar Islam (murtad)?

Apakah kesemua ini ringan berbanding dengan kenyataan Zakir yang sememangnya tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana kaum?

Mungkinkah DAP sengaja memutar belit isu Zakir bagi mengalihkan perhatian rakyat dari kesilapan DAP dan Dong Zong berhubung isu seni khat dan penulisan jawi?

Sudah-sudahlah tu, Ramkarpal. Yang berakal tu pasti akan dapat melihat muslihat disebalik kesemua yang berlaku ini.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...