Sudah tentu Tun M bersedia terus jadi kuda tunggangan DAP, asalkan DAP tidak sokong Anwar jadi PM

Ngar Ko Ming pernah kata, “Tun M akan tolong DAP untuk jatuhkan BN. Sebab itu kita mesti doa agar Tun M jangan mampos dulu. Lepas Najib jatuh barulah kita kata pada Tun, Good bye my love” – Puad. Sumber (gambar): NST Online

Mohd Puad Zarkashi

Marah betul Jelutong apabila Tan Sri Noh Omar Tanjung Karang kata “Tun Mahathir adalah kuda tunggangan DAP”. Malu apa bingai sampai desak Noh Omar minta maaf.

Superman DAP Hew Kuan Yew kata, Tun M adalah seekor kuda yang datang. “Kita guna kuda ini untuk lakukan tsunami Melayu. Kita sudah bosan jadi pembangkang 52 tahun. Ini kuda makan tongkat Ali dan candy B. Dan ini kuda banyak duit”.

Ngar Ko Ming pula kata “Tun M akan tolong DAP untuk jatuhkan BN. Sebab itu kita mesti doa agar Tun M jangan mampos dulu. Lepas Najib jatuh barulah kita kata pada Tun, Good bye my love”. Dia berterima kasih kerana Tun M menangguhkan kematian. Biadap sungguh si bingai ini.

Masa cakap dulu tidak malu, tetapi bila orang lain bangkitkan semula, malu tidak terhingga pula.


Memang Tun M adalah kuda tunggangan DAP dari mula mereka bekerjasama sampai sekarang.

Bahkan sekarang lagi kuat Tun M jadi kuda tunggangan DAP. Kalau tidak masakan kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan.

Masakan SPRM senyap tentang kebocoran kertas siasatan kes rasuah terowong bawah laut. Masakan Lim Guan dapat jadi Menteri Kewangan yang paling teruk di Malaysia.

Sudah tentu Tun M bersedia untuk terus menjadi kuda tunggangan DAP, asalkan DAP tidak menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Jika tidak, habislah Tun M.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...