Sudah tiba masanya Tun Mahathir, Hadi Awang dan Muhyiddin bersama satukan ummah

“Saya percaya bahawa gandingan Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama pemimpin-pemimpin lain seperti Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Shahidan Kassim, antaralain, mampu menyatukan umat Islam di Malaysia dalam masa yang singkat”

Raggie Jessy Rithaudeen

سوده تيبا ماسڽ تون محضير، هادي اوڠ دان محي الدين برسام ساتوكن امة

Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon-calon Pejuang sememangnya diterima mesra oleh pengundi Melayu-Islam ketika Pejuang berkempen di seluruh negara.

Ramai pengundi Melayu-Islam yang mesra Pejuang ini adalah dari kalangan mereka yang asalnya penyokong UMNO tetapi marah dengan kepimpinan Datuk Seri Zahid dan puak Kleptokrat.




Namun, golongan pengundi ini tidak yakin dengan Gerakan Tanah Air (GTA), kerana GTA merupakan gabungan baharu yang tidak bersama mana-mana gabungan yang terlibat atau pernah terlibat dengan pentadbiran kerajaan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.n

Mereka juga tidak ingin memberi undi kepada PKR atau AMANAH, kerana PKR dan AMANAH bersama DAP.

Atas dasar itu, majoriti pengundi Melayu-Islam di kawasan bandar yang marah dengan UMNO memilih untuk duduk di rumah dan tidak keluar mengundi.

Ini merupakan sebab utama calon Pejuang hilang deposit.

Disebabkan itu, Mahathir tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Manakala itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat manfaat besar daripada jentera Pilihan Raya PAS.

PAS pula mendapat sokongan pengundi Melayu-Islam yang marah dengan UMNO di kawasan luar bandar.

Loading...

Pengundi ini lebih konservatif dan yakin dengan PAS, kerana PAS berada di dalam gabungan yang pernah terlibat dengan pentadbiran kerajaan.

Namun, Muhyiddin tidak dipilih sebagai Perdana Menteri.

Ini bermakna, dari satu sudut, kedua-dua Mahathir dan Muhyiddin kini berada di dalam “kapal yang sama.”

Maka ada baiknya kedua-dua pemimpin ini bermuzakarah dan kembali bersama, kerana saya yakin, PRU seterusnya akan berlaku dalam tempoh 2 tahun, mungkin kurang.

Sesungguhnya, saya redha dengan pengkhianatan Zahid dan UMNO terhadap masyarakat Melayu-Islam, kerana segala yang berlaku adalah perancangan Allah, dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.

Sebagai seorang Muslim, saya sentiasa melihat kejadian di sekeliling saya menerusi lensa Islam, dan faham, bahawa doa umat Islam kerap kali termakbul sebagai peluang, bukannya penyelesaian.

Penipuan Zahid kepada Istana Negara dan masyarakat Melayu-Islam adalah satu peluang, dan peluang ini terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang majoritinya duduk di pentas pembangkang.

Apa tidaknya, sedangkan 89 peratus pengundi Melayu-Islam tidak menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-15, dan mereka yang mengundi Barisan Nasional kini menolak gabungan itu setelah UMNO memutuskan untuk ‘bertunang’ dengan puak yang didakwanya dulu “anti-Islam, anti-Melayu.”

Sudah menjadi tanggungjawab masyarakat Melayu-Islam untuk berjihad mempertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara, dan peluang ini boleh disambut atas pentas muzakarah yang didirikan bersama oleh Perikatan Nasional, Pejuang dan ahli-ahli parlimen UMNO yang menjadi mangsa penipuan Zahid.

Saya percaya bahawa gandingan Mahathir, Muhyiddin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Tan Sri Annuar Musa, Tan Sri Noh Omar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ismail Sabri, antaralain, mampu menyatukan umat Islam di seluruh negara dalam masa yang singkat.

Saya yakin bahawa gandingan ini akan menjurus permuafakatan yang mampu membenamkan politik khianat Bangsa yang dimainkan oleh pucuk pimpinan UMNO, khususnya, Zahid Hamidi.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...