Suhaimi Sulaiman letak jawatan pengerusi Bernama berkuat kuasa serta merta

Sebelum dilantik Pengerusi Bernama, Suhaimi pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro Awani. Sumber (gambar): Sinar Online

سوهايمي سليمان لتق جاوتن ڤڠروسي برنام كوات كواس سرتا مرتا

Suhaimi Sulaiman hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, surat itu dihantar hari ini kepada Lembaga Pengelola Bernama dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Suhaimi, 58, yang merupakan seorang personaliti penyiaran dilantik sebagai Pengerusi Bernama bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Februari lepas.

Dia dilantik menyertai Bernama sejurus selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional. 


KUALA LUMPUR: Suhaimi Sulaiman hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Bernama, Suhaimi berkata, surat itu dihantar hari ini kepada Lembaga Pengelola Bernama dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.




“Ya, saya sudah menghantar surat peletakan tersebut. Namun ia terpulang kepada keputusan lembaga pengelola dan juga menteri,” katanya ringkas kepada Bernama.

Suhaimi, 58, yang merupakan seorang personaliti penyiaran dilantik sebagai Pengerusi Bernama bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Februari lepas.

Sebelum dilantik Pengerusi Bernama, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro Awani.

Dia dilantik menyertai Bernama sejurus selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...