Sukan SEA pengikat solidariti rakyat

“Ke mana sahaja PM kita pergi, sambutannya luar biasa. Sejak malam pembukaan lagi, rakyat bersorak gembira apabila sahaja kaca TV memaparkan wajah PM kita”

Salleh Said Keruak




1. Sukan SEA ke-29 akan melabuh tirainya.  Bila tamat, banyak catatan sejarah yang dapat kita rakam dari penganjuran sukan ini.

2. Pertama, sukan ini diadakan di bulan kita menyambut kemerdekaan.  Kedua, pencapaian kita terbaik.  Ketiga, Tuanku Sultan Terengganu menghadiahkan emas kepada kita dengan memecah rekod dalam sukan kuda lasak.

3. Keempat, ke mana sahaja PM kita pergi, sambutannya luar biasa.  Sejak malam pembukaan lagi, rakyat bersorak gembira apabila sahaja kaca TV memaparkan wajah PM kita. Itu tandanya sokongan dan terima kasih rakyat kepada kerajaan yang menganjurkan Sukan berprestij di rantau Asia Tenggara ini.

4. Kelima, inilah kali pertama dalam sejarah, Menteri Sukan kita sendiri bertanding dalam sukan SEA.  Keenam, dan paling penting, sukan ini mengikat solidariti rakyat kita.  Rakyat tanpa mengira kaum dan agama turun ke stadium menyokong kuat atlet kita.

5. Kita sudah tentu menjadi juara keseluruhan. Betapa juara keseluruhan yang bakal kita capai adalah hadiah istimewa untuk kemerdekaan kita yang ke-60.

6. Saya ucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan kita yang telah menjadikan sukan ini terbaik.  Usaha beliau membakar semangat para atlet kita cukup luar biasa.  Momentum kemerdekaan betul-betul membakar semangat atlet kita untuk menjulang nama negara.

7. Untuk sukan SEA ini, yakinilah ia pengikat solidariti kita.  Tahniah Malaysia

Loading...

Sumber: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...