Sultan Ibrahim dukacita majlis buka puasa di Gurdwara Sahib

Sultan Ibrahim bertitah Baginda dan keluarga kerap ke majlis perayaan kaum serta agama lain di Johor, namun tidak membawa amalan Islam di premis atau rumah ibadat mereka. Sumber (gambar): Fail TTF

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melahirkan rasa dukacita Baginda berhubung penganjuran majlis berbuka puasa oleh Ahli Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib, di sini, Selasa lalu.

“Bagi memastikan keharmonian kaum dan agama, saya secara konsisten dan berulang kali melarang keras serta tidak membenarkan apa-apa aktiviti politik yang dijalankan dengan menggunakan agama Islam sebagai modal politik mereka,” titah Baginda.


KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melahirkan rasa dukacita Baginda berhubung penganjuran majlis berbuka puasa oleh Ahli Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib, di sini, Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Ahli Parlimen terbabit, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tidak pernah merujuk kepada pihak berkuasa Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) mengenai perkara itu.

“Walaupun majlis itu menerima bantahan daripada masyarakat, ia tidak dapat lari daripada fakta bahawa waktu dan keadaan majlis itu dibuat atas nama majlis ibadah berbuka puasa dalam Ramadan.


“Sungguhpun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, beliau tetap ingkar dan meneruskan majlis itu atas dasar toleransi dan perpaduan antara agama, walhal sebagai pemimpin, seharusnya beliau sedar, tahu dan faham membezakan tindakan politik serta agama.

“Bagi memastikan keharmonian kaum dan agama, saya secara konsisten dan berulang kali melarang keras serta tidak membenarkan apa-apa aktiviti politik yang dijalankan dengan menggunakan agama Islam sebagai modal politik mereka,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah Baginda dan keluarga kerap ke majlis perayaan kaum serta agama lain di Johor, namun tidak membawa amalan Islam di premis atau rumah ibadat mereka.

“Saya dan keluarga kerap hadir meraikan perayaan kaum serta agama lain di tempat mereka, namun bukan membawa amalan ibadah Islam di premis mereka sebagaimana dilakukan Ahli Parlimen berkenaan,” titah Baginda.

Meskipun penganjurannya mendapat bantahan dan kecaman daripada masyarakat Islam di negara ini, majlis tersebut tetap diadakan dan dilapir dihadiri kira-kira 250 tetamu.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...