Sultan Selangor dukacita penderitaan rakyat tidak diberi keutamaan

Titah baginda, keadaan rakyat juga bertambah sukar akibat kedudukan ekonomi yang terjejas. Sumber (gambar): Fail TTF

سلطان سلاڠور دوكچيتا ڤندريتاان رعيت تيدق دبري كاوتامأن

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat sudah mula bosan dan meluat dengan tindak-tanduk ahli politik yang dilihat sentiasa bercakaran dan bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin juga berasa dukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19.

Baginda turut mengambil maklum dan menyokong kenyataan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Oktober lalu.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin mahu semua pihak terutama ahli-ahli politik untuk sentiasa bekerjasama tanpa mengira pendirian parti dan sentiasa fokus di dalam membantu rakyat dan negara menangani masalah penyebaran wabak Covid-19 serta membina semula ekonomi negara yang terjejas teruk.


KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat sudah mula bosan dan meluat dengan tindak-tanduk ahli politik yang dilihat sentiasa bercakaran dan bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata, Sultan Sharafuddin juga berasa dukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19.




Titah baginda, keadaan rakyat juga bertambah sukar akibat kedudukan ekonomi yang terjejas.

“Ahli-ahli politik seharusnya bertanggungjawab di dalam meastikan penderitaan rakyat ini sentiasa menjadi keutamaan ketika melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka.

“Kesusahan dan penderitaan rakyat di dalam kehidupan seharian perlu segera ditangani dan diselesaikan dengan mengambil pendekatan drastik dan efektif,” titah Sultan Sharafuddin.

Baginda turut mengambil maklum dan menyokong kenyataan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Oktober lalu.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin mahu semua pihak terutama ahli-ahli politik untuk sentiasa bekerjasama tanpa mengira pendirian parti dan sentiasa fokus di dalam membantu rakyat dan negara menangani masalah penyebaran wabak Covid-19 serta membina semula ekonomi negara yang terjejas teruk.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...