
سلطان سلاڠور: تڠكڤ مريك، حكوم سڬرا!
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.
Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah baginda.
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.
“Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.
“Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya,” titah baginda hari ini.

Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
“Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan,” titah baginda.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
