
سومبر دالم: ءڤه ڤلوسء سوده اد چالون ڤردان منتري، برسديا جك ڤيليهن راي مڠجوت
Kepimpinan Pakatan Harapan Plus (PH Plus) semalam bersepakat menamakan calon Perdana Menteri gabungan berkenaan.
Demikian menurut sumber dalaman PPBM (kemudian daripada ini dirujuk sebagai KZ) yang rapat dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut berkata kemajuan yang dicapai menerusi perbincangan semalam “amat positif.”
“Seperti yang Mahathir maklumkan dahulu, masanya tidak sesuai lagi untuk (diadakan) Pilihan Raya Umum ke-15.
“Tetapi jika PAS atau UMNO ingin cetuskan Pilihan Raya Umum, Mahathir bersedia, tidak khuatir. Ini yang saya tahu.
“Semua bersedia, calon pun sudah ada,” dakwa KZ.

PETALING JAYA: Kepimpinan Pakatan Harapan Plus (PH Plus) semalam bersepakat menamakan calon Perdana Menteri gabungan berkenaan.
Demikian menurut sumber dalaman PPBM (kemudian daripada ini dirujuk sebagai KZ) yang rapat dengan kem Tun Dr Mahathir Mohamad, yang turut berkata kemajuan yang dicapai menerusi perbincangan semalam “amat positif.”
“PH Plus sudah ada calon (Perdana Menteri), dan perkara ini akan dimaklumkan kemudian. Keputusan nampaknya sepakat, diterima baik semua,” katanya.
Mesyuarat semalam dipengerusikan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dihadiri bersama presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal serta Mahathir.
Turut hadir bersama presiden AMANAH, Mohamad Sabu, setiausaha umum DAP, Lim Guan Eng dan wakil-wakil lain dari PKR, AMANAH dan PPBM, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Seperti yang Mahathir maklumkan dahulu, masanya tidak sesuai lagi untuk (diadakan) Pilihan Raya Umum ke-15.
“Tetapi jika PAS atau UMNO ingin cetuskan Pilihan Raya Umum, Mahathir bersedia, tidak khuatir. Ini yang saya tahu.
“Semua bersedia, calon pun sudah ada,” dakwa KZ.
Mahathir didakwa memiliki sokongan majoriti ahli parlimen. Menurut KZ, sokongan berkenaan merupakan sokongan majoriti selesa dan melibatkan sebilangan ahli parlimen dari UMNO dan PPBM.
Tetapi memandangkan Anwar kini terlibat, beliau tidak diberitahu berapa ramai ahli parlimen dari UMNO yang terlibat, cuma bahawa PH Plus memiliki majoriti.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

