
“Belum sempat UMNO menghantar surat pemerincian tuntutan dan tidak sampai seminggu selepas Muhyiddin meminta surat berkenaan, Zahid tiba-tiba membuat pusingan U dan mencadangkan gencatan politik untuk memberi fokus kepada usaha memerangi Covid-19”
Raggie Jessy Rithaudeen
Tindakan presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan “gencatan politik” dan sokongannnya terhadap kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dibuat setelah beliau mendapat tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan mengenepikan tuntutan UMNO terhadp PPBM.
Perkara ini dimaklumkan (dengan izin) oleh sumber dalaman yang tidak ingin dinamakan (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “DST”) susulan kenyataan Zahid kononnya gencatan itu perlu bagi membenarkan kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap usaha memerangi Covid-19.
“Bila (Tan Sri) Musa Aman cuba rampas Sabah, Covid-19 tidak jadi pertimbangan.
“Bila (Datuk Seri) Bung Moktar cuba pelawa ADUN WARISAN masuk belah kerajaan, Covid-19 tidak jadi pertimbangan.
“Tapi bila Zahid dapat tahu tuntutan UMNO barangkali tidak diendahkan Muhyiddin, tiba-tiba terfikir Covid-19,” kata DST.
Menurutnya, Zahid khuatir akan ditekan oleh akar umbi UMNO untuk memenuhi janjinya menarik sokongan parti itu terhadap Perikatan Nasional sekiranya tuntutan UMNO tidak dipenuhi, termasuk tuntutan jawatan tertentu dalam Kabinet Persekutuan.
Tuntutan yang dmaksudkan dimuktamadkan pada 13hb Oktober 2020 olehMesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Zahid sendiri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Dalam mesyuarat tersebut, Zahid bersama para perwakilan mesyuarat yang majoritinya tergolong dalam Team A memerincikan syarat baharu untuk UMNO meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Ini disusuli dengan permintaan dari PPBM dua hari kemudian agar UMNO menghantar surat rasmi memperincikan syarat baharu kerjasama politik yang dituntut itu.
Permintaan itu dibuat secara peribadi oleh pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Setiausaha Agung PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Anehnya, belum sempat UMNO menghantar surat pemerincian itu dan tidak sampai seminggu selepas Muhyiddin meminta surat berkenaan, Zahid tiba-tiba membuat pusingan U dan mencadangkan gencatan politik untuk memberi fokus kepada usaha memerangi Covid-19.
Ditanya samada Zahid khuatir Team B yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengorak langkah untuk cuba mengambil alih UMNO daripada Team A, DST menjawab ringkas “mungkin.”
“Zahid cuba nasib dengan mengugut Muhyiddin, tapi ugutan tak sampai. Zahid kecut, dia tahu Muhyiddin sedar kumpulan yang kamu (saya) gelar Team A tu tiada sokongan majoriti (dalam UMNO).
“Muhyiddin terdesak, Zahid pun terdesak. Muhyiddin beranggapan Zahid tidak ada hak buat ugutan sebab masing-masing lemah dan saling memerlukan.
“Itulah sampai keluar cadangan gencatan politik tu…”
Apabila saya bertanya samada benar gencatan politik antara Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berkecai dan wujud usaha baharu kem Najib untuk gilingkan Zahid, inilah jawapan DST:
“Gaduh tak gaduh tu, tak penting. Yang pasti, Team A kau tu dah hancur. Seperti yang awak sendiri kata, it’s game over.”
BACA JUGA:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
