Sumpah Laknat: Lagi Islam dihina, saya berharap Kit Siang masuk Islam untuk elak dilaknat Allah

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya berdoa agar Lim Kit Siang tidak dilaknat Allah kerana kenyataan terbarunya yang cuba mengelirukan masyarakat Melayu-Islam berhubung Sumpah Mubahalah (Sumpah laknat).




Semalam, Kit Siang bertanya kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sumpah laknat siapa yang akan diterima sekiranya Azilah Hadri turut membuat sumpah laknat bagi mengisytiharkan Akuan Bersumpah yang dibuatnya benar.

Kenyataan celupar dan berbaur anti-Islam ini merujuk kepada satu Akuan Bersumpah bertarikh 17hb Oktober 2019, di mana Azilah mendakwa menerima arahan daripada Najib untuk membunuh seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shariibuu.

Najib kemudiannya membuat keputusan untuk membuat Sumpah Laknat hari ini di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur bagi menafikan dakwaan tersebut.

Untuk makluman, negara kita mengamalkan sistem peundangan berganda menerusi peruntukan Perkara 121(1A) Perlembagaan Malaysia, di mana mereka yang menganut agama Islam tertakluk kepada undang-undang Islam (Syariah).

Artikel 3 turut menetapkan bahawa undang-undang Islam adalah hal-hal undang-undang negeri, kecuali di Wilayah Persekutuan Malaysia.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, segala persengketaan atau hal-hal kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama dilakukan menerusi Mahkamah Syariah.

Berbalik kepada isu Sumpah Laknat, membuat sumpah palsu sememangnya melibatkan pendustaan, dan di dalam kes Najib dan Azilah, jika kedua-duanya membuat Sumpah Laknat, salah satu pihak mungkin akan diaibkan.

Loading...

Justeru, adalah menjadi hak mana-mana individu yang fikirkan dirinya diaibkan merujuk kepada Mahkamah Syariah bagi mengemukakan bukti menurut peruntukan undang-undang syariah yang digunapakai di negara ini.

Oleh kerana perbicaraan sebegini dibenarkan bagi mereka yang beragama Islam, maka Mahkamah Persekutuan harus membenarkannya berjalan terlebih dahulu bagi membolehkan kedua-dua pihak membentangkan kes masing-masing.

Dalam situasi sebegini, keputusan akhir yang dicapai oleh Mahkamah Syariah tidak boleh dipertikaikan oleh Mahkamah Persekutuan dan harus dipertimbangkan memandangkan ianya berlandaskan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan fakta kes yang sama.

Masyarakat Melayu-Islam turut wajib menerima keputusan Mahkamah Syariah, di mana sekiranya Azilah disahkan menipu, maka penipulah Azilah di kaca mata Islam dan masyarakat Melayu-Islam.

Sudah pasti Mahkamah Syariah akan terpaksa bekerjasama dengan pihak Polis serta peguam-peguam persekutuan yang arif berkenaan kes pembunuhan Altantuya.

Kit Siang harus faham akan perkara ini dan berhenti memperdaya masyarakat Melayu-Islam dengan mendakwa Sumpah Laknat itu sekadar mempengaruhi pendapat umum.

Ini merupakan satu penghinaan langsung kepada Perlembagaan Persekutuan, Islam, Syariat Islam dan sistem perundangan Islam oleh seorang yang sememangnya mempunyai sejarah suka mengungkit perkara-perkara ynag hanya mampu menimbulkan keresahan di kalangan maysarakat Melayu-Islam.

Bertaubatlah, uncle Lim. Ucapkanlah Dua Kalimah Syahadah dan jadilah seorang Muslim agar segala dosa kamu itu akan diampunkan olah Allah.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...