Sumpah Laknat: Najib seribu kali lebih jantan dari Anwar

“Memandangkan Najib berani tampil ke hadapan lafazkan Sumpah Laknat menafikan pembabitanya dalam pembunuhan Altantuya, saya mencabar Anwar untuk turut berbuat demikian bagi menafikan pembabitannya dalam penyediaan Surat Akuan Bersumpah Palsu yang didakwa ditandatangani Azilah”

Raggie Jessy Rithaudeen

Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyahut cabaran untuk melafazkan sumpah laknat berhubung kes-kes liwat 1998 dan 2008 biarpun Saiful Bukhari Azlan, yang menuduh Anwar meliwatnya, melakukan demikian.




Dalam kedua-dua kes berkenaan, Anwar, yang turut enggan bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu siasatan DNA, disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara.

Baru-baru ini, rakyat digemparkan dengan terbitan satu lagi isu yang didakwa berkait dengan Anwar, kali ini, melibatkan surat Akuan Bersumpah yang didakwa ditandatangani oleh bekas pegawai Gerakan Unit Selam Tempur di cawangan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Azilah bin Hadri.

Dalam surat Akuan Bersumpah tersebut, Azilah, yang kini sedang berdepan dengan hukuman mati, menuding jari terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai individu yang mengeluarkan arahan membunuh seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Surat Akuan Bersumpah tersebut, bertarikh 17hb Oktober 2019, dibuat 13 tahun selepas kejadian dan selepas Mahkamah mula-mula menjatuhkan hukuman mati terhadap Azilah dan juga seorang lagi bekas pegawai UTK, Koperal Sirul Azhar Umar.

Hari ini, Najib bertindak melafazkan Sumpah Laknat di di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, menafikan pembabitannya dalam pembunuhan tersebut.

Sumpah laknat itu dibuat 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat di situ dan disaksikan ribuan jemaah termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dan Datuk Seri Ahmad Maslan serta beberapa ahli politik lain.

Manakala itu, semalam, saya telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas peguam Anwar, Dato’ Zulkifli Noordin.

Loading...

Menurut Noordin, ketika beliau masih bergelar peguam Anwar, Anwar telah berulang kali mendesaknya memaksa Azilah membuat akuan palsu kononnya Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya manakala Rosmah berada di tempat kejadian.

Dalam laporan yang dibuat (lihat video PC di bawah), saya meminta pihak polis merakamkan kenyataan Zulkifli dan juga menyiasat Anwar sebagai suspek utama yang mendalangi usaha mandapatkan Akuan Bersumpah palsu yang didakwa ditandatangani Azilah.

Memandangkan Najib berani tampil ke hadapan lafazkan Sumpah Laknat menafikan pembabitanya dalam pembunuhan Altantuya, saya mencabar Anwar untuk turut berbuat demikian bagi menafikan pembabitannya dalam penyediaan Surat Akuan Bersumpah Palsu yang didakwa ditandatangani Azilah.

Sidang media laporan polis terhadap Anwar



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...