Surat sokongan bon USD3 bilion dibuat tergesa-gesa, tidak ikut prosedur – Saksi

Najib berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram didakwa berkiat dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan dalam akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014. Sumber (gambar): TTF

سورت سوكوڠن بون اسد3 بيلياون دبوات ترڬسا-ڬسا، تيدق ايكوت ڤروسيدور – سقسي

Mahkamah Tinggi diberitahu surat sokongan (LoS) dikeluarkan kerajaan bagi membolehkan 1MDB mendapatkan bon USD3 bilion dilakukan secara tergesa-gesa.

Bekas timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan, Siti Zauyah Desa, berkata transaksi seperti itu pertama kali dilaksanakan secara “tidak normal” sejak 25 tahun beliau berkhidmat dengan Kementerian Kewangan.

1MDB Global Investment Ltd, anak syarikat 1MDB, mahu mendapatkan bon USD3 bilion (kira-kira RM12.8 bilion), namun bank prinsipal, Goldman Sachs, mencadangkan syarikat berkenaan mendapatkan LoS daripada Kementerian Kewangan.

Wang terbabit kemudian diguna untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange (TRX) berasakan usaha sama dengan Aabar Investment PJS.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu surat sokongan (LoS) dikeluarkan kerajaan bagi membolehkan 1MDB mendapatkan bon USD3 bilion dilakukan secara tergesa-gesa.

Bekas timbalan ketua setiausaha Perbendaharaan, Siti Zauyah Desa, berkata transaksi seperti itu pertama kali dilaksanakan secara “tidak normal” sejak 25 tahun beliau berkhidmat dengan Kementerian Kewangan.




“Disebabkan mahu cepat, prosedur tidak diikuti,” katanya dalam pemeriksaan balas oleh pendakwa ad-hoc, Gopal Sri Ram, dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Saksi pendakwaan ke-26 itu, berkata tiada kajian daya maju dilakukan berhubung pelaburan atau unjuran aliran tunai.

“Ini (usaha wajar) penting bagi kami untuk menentukan berapa banyak pendapatan dapat diraih untuk membayar balik pinjaman (bon),” katanya.

Zauyah berkata, kertas Kabinet mengenai jaminan bon LoS disedia dan dibentangkan pada hari sama walaupun kekurangan maklumat diperlukan.

TONTON: KLUSTER MAHKAMAH SAH CEMAS, INI BUKTINYA

LoS terbabit ditandatangani oleh Najib dengan kapasitinya sebagai menteri kewangan, pada Mac 2013.

1MDB Global Investment Ltd, anak syarikat 1MDB, mahu mendapatkan bon USD3 bilion (kira-kira RM12.8 bilion), namun bank prinsipal, Goldman Sachs, mencadangkan syarikat berkenaan mendapatkan LoS daripada Kementerian Kewangan.

Wang terbabit kemudian diguna untuk membangunkan projek Tun Razak Exchange (TRX) berasakan usaha sama dengan Aabar Investment PJS.

Loading...

Bagi LoS dikeluarkan Putrajaya, ia mesti melalui proses dalaman Perbendaharaan sebelum dihantar kepada Kabinet untuk kelulusan.

Dalam pemeriksaan susulan oleh Sri Ram, Zauyah berkata, beliau juga mengambil arahan daripada ketua setiausaha perbendaharaan ketika itu, Irwan Siregar Abdullah.

Sri Ram: Adakah ia terbuka kepada anda untuk menentang arahannya?

Zauyah: Saya hanya boleh menasihatkannya. Tapi, beliau memberitahu ini perkara penting dan datang dari perdana menteri (Najib).

Sri Ram: Apa tanggapan yang anda dapat daripada Irwan?

Zauyah: Bahawa ia adalah arahan.

Zauyah berkata, beliau juga ada didekati menteri kewangan II ketika itu, Husni Hanadzlah, berhubung LoS, namun beliau tidak mahu terbabit sama.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa dirinya tidak sedar Najib sudah memaklumkan Husni supaya tidak campur tangan dalam urusan 1MDB.

Najib berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram didakwa berkiat dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang dimasukkan dalam akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Pendengaran bersambung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...