Surat terbuka anak Felda kepada bekas PM Najib Razak

Saya terharu baca surat ini. Semoga Manndzri haji Nasib serta keluarga dimurahkan rezeki oleh ALLAH SWT, Insya-Allah.

Dato’ Seri Najib Tun Razak


Nama saya Manndzri, saya anak peneroka FELDA Pengeli Timur. Bapa saya kata, arwah bapa Dato’ Sri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, besar jasanya kepada keluarga kami.

Bila saya tanya, apa jasanya itu? Bapa jawab;

“Engkau² ni semua membesar hasil sawit. Sawit dan FELDA ni, Tun Razak yg bikin. Kalau tak, kita duk JB, bapak masih kena kerja guard agaknya, pencen Majlis (MBJB). Syukur, Tuhan pinjamkan Tun Razak kat negara ni..”

Saya beberapa kali bersalaman dgn Dato’ Sri, lazimnya saya akan sampaikan salam bapak kat Dato’ Sri. Bila salam, saya akan sebut;

“Saya : Dato’ Sri, bapak kim salam..

Dato’ Sri : Ayah kim salam?

Saya : Ha’ah, peneroka Felda Pengeli Timur”

…ia cukup buat Dato’ Sri tersenyum. Beberapa kali jugak saya ngakal Dato’ Sri.

Saya juga pernah bersalaman dgn ibu Dato’ Sri, Tun Rahah. Saya sampaikan salam bapak dan emak saya juga. Ibu Dato’ Sri lantas bertanya;

“Tun Rahah : Org tuanya masih sihat?

Saya : Alhamdulillah, wal’fiat Tun..”

Dari semua hal ini, saya sekali lagi mahu mengucapkan terima kasih dan penghargaan kpd Dato’ Sri dan keluarga Dato’ Sri, krn jasa² arwah bapa Dato’ Sri. Dan saya kira, kalian sekeluargalah antara inspirasi yg mencetus idea dan kesungguhan arwah membina sebuah legasi yg amat berjasa pd kami sekeluarga dan menjadi pusaka buat kami.

Syukur, Allah SWT pinjamkan arwah Tun kpd Malaysia (macam bapak cakap). Dan, saya masih ingat ketika Dato’ Sri menjadi Menteri FELDA, banyak pembaharuan dilakukan, manfaat yg bapak dan emak raih di kala usia emas mereka. Mereka gembira dapat melihat anak Tun Razak, menyambung jasa arwah bapanya. Tetapi, sbgmna selalu bapak cakap gak; “Najib ni baik sangat, tengok, yg diberi amanah khianat, semua dia kena tanggung..”

Terimalah; trima kasih dan penghargaan budi yg tidak terbalaskan, kepada Dato’ Sri mewakili arwah Tun. Atas ujian yg sedang dilalui, yakinlah, Allah SWT akan bersama orang yg benar. Kami mendoakan.

Nota : Kalau ada ke Johor, jemputlah singgah rumah. Mak, bapak pasti gembira.

#NoNeedToBePoor

#BapakAkuPeneroka

#CucuCicitTunRazak

Sekian. Wassalam.

MANNDZRI HJ NASIB

Anak Jati FELDA Pengeli Timur

Sumber: Malaysian Updates

Comments

Comments


Loading...