SURAT TERBUKA KEPADA DATUK TAKIYUDDIN HASSAN 

Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Sumber (gambar): Fail TTF

Ke hadapan

YB DATUK TAKIYUDDIN HASSAN

Menteri Parlimen & Undang-undang

AsSalaamualaikum Warahmatullahi Wabarrakatuh YB.

Merujuk kepada perkembangan terkini berkaitan RCI Kehakiman dalam JAWABAN YB sebagai MENTERI PARLIMEN & UNDANG² kepada SOALAN di Parlimen pada 11.11 2020




Saya berharap YB dapat semak semula jawaban YB di atas alasan-alasan berikut:

1. Kerajaan terdahulu melalui Perdana Menteri telah pada 21.02.2019 umumkan hasrat penubuhan RCI Kehakiman untuk siasat kesemua salah laku termasuk alegasi dalam Afidavit Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan bertarikh 14.02.2019.

2. Kelengahan kewujudan Special Task Force untuk bantu RCI dan/atau RCI itu pada ketika itu adalah disebabkan Menteri Perundangan dan Peguam Negara pada masa itu, tidak mengambil langkah perlu untuk menderaf terma-terma rujukan bagi tujuan penubuhan STF dan/atau RCI itu, tetapi Kerajaan telah kenal pasti keperluan penting untuk diadakannya.

3. Hatta, JAWABAN YB  ” … pada masa ini tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Sistem Kehakiman Negara … ” adalah dengan hormatnya satu JAWABAN yang tidak menyeluruh kerana:

a. Tidak memaklumkan apa yang menyebabkan RCI itu tidak perlu sekarang,

b. Akan menimbulkan pelbagai persoalan dan persepsi negatif berhubung urus tadbir sistem kehakiman dan perundangan kerana Kerajaan kini seolah-olah memandang enteng kesemua aduan salah laku sebelum ini, secara khususnya berkenaan kandungan Afidavit Hakim Mahkamah Rayuan 14.02.2019 yang difailkan dalam satu prosiding Mahkamah terdahulu.

c. Saya percaya Hakim Mahkanah Rayuan itu kini menghadapi prosiding tunjuk sebab di hadapan Jawatankuasa Etika Hakim antara lain secara khususnya berkaitan kandungan Afidavit 14.02.2019 itu, maka demi penegakan prinsip kedaulatan undang-undang, RCI Kehakiman untuk siasat kebenaran dan kesahihan kandungan Afidavit itu adalah perlu dilakukan dengan segera agar Jawatankuasa Etika Hakim tidak bertindan dan mencampuri bidangkuasa RCI yang diumumkan pada 21.02.2019 itu.

Loading...

d. Sememangnya isu kedaulatan undang-undang adalah isu penting negara untuk diawasi mana-mana kerajaan tanpa mengira pegangan politik  masing-masing.

4. Saya berharap YB dapat meluangkan masa untuk semak semula, dan jika bioleh luangkan masa sedikit untuk perbincangan melalui temujanji di masa yang bersesuaian saya berjumpa dengan YB berhubung perkara yang sama, yang telah saya bangkitkan untuk pengetahuan umum sejak 17.08.2018 lagi.

Harap mendapat balasan prihatin YB.

Sekian.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA

Haniff Khatri

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...