Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mohon Interpol tangkap Jho Low, Obaid, Mohany [VIDEO]

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya. Sumber (gambar): Fail TTF

THE THIRD FORCE

سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه مليسيا موهون انترڤول تڠكڤ جهو لوو، اوبايد، موهني

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan kepada Interpol berhubung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Low Taek Jho, Tarek Obaid dan Patrick Mahony.

Ia selepas suruhanjaya itu memfailkan pendakwaan in absentia (tanpa kehadiran) tiga individu itu untuk kes pengubahan wang haram dana 1MDB melibatkan nilai AS$69 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya memaklumkan perkara itu kepada pemberita dalam satu program di Putrajaya hari ini.




Artikel bersambung selepas video

“Ini sebahagian proses di mana kita mendakwa mereka yang mungkin ada akses kepada perincian wang tersebut,” katanya, sambil menambah SPRM akan mengeluarkan maklumat pendakwaan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat.

Ini merupakan waran tangkap kedua terhadap Jho Low, yang didakwa sebagai dalang utama skandal 1MDB. Obaid dan Mahony pula adalah bekas pengarah Petrosaudi International Limited (PSI).

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...