Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia nafi ugut pembantu Syed Saddiq

SPRM dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung dakwaan pembantu Syed Saddiq sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut setelus-telusnya. Sumber (gambar): Fail TTF

سڤرم نافي اوڬوت ڤمبنتو سيد سددق

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pembantu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Siti Nurul Hidayah bahawa beliau telah diugut, diherdik dan dipaksa untuk beri keterangan seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu yang menyatakan penama berkenaan telah diperlakukan sedemikian untuk memberikan keterangan sebagaimana dinyatakan dalam video berkenaan.

“Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Norazlan berkata SPRM akan membuat satu laporan polis berhubung tohmahan itu sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut setelus-telusnya. 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan pembantu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Siti Nurul Hidayah bahawa beliau telah diugut, diherdik dan dipaksa untuk beri keterangan seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya dakwaan itu yang menyatakan penama berkenaan telah diperlakukan sedemikian untuk memberikan keterangan sebagaimana dinyatakan dalam video berkenaan.




Beliau berkata SPRM tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak kerana agensi itu mempunyai bukti bahawa tohmahan tersebut adalah tidak benar.

“Dakwaan yang mengatakan beliau telah dikerumuni empat atau lima pegawai lelaki dan diuguti adalah rekaan semata-mata, sebaliknya sepanjang masa proses rakaman pernyataan dibuat, beliau telah ditemani oleh dua pegawai wanita.

“Kehadiran beliau adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Norazlan berkata SPRM akan membuat satu laporan polis berhubung tohmahan itu sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara tersebut setelus-telusnya.

“SPRM bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam perkara ini,” katanya.

Semalam, Siti Nurul yang merupakan Setiausaha Kehormat sebuah kelab pertubuhan belia mengeluarkan kenyataan diperlakukan sedemikian oleh SPRM dalam satu rakaman video yang disiarkan di sebuah portal tempatan.

Sumber:

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...