Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia siasat Airbus, AirAsia terbabit rasuah

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata mengikut akta SPRM, pihaknya mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat sebarang tindakan rasuah dilakukan oleh mana-mana warga tempatan atau penduduk tetap Malaysia yang berada di luar negara. Sumber (gambar): Fail TTF

سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه مليسيا سياست ايربوس، ايراسيا تربابيت رسواه

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan Airbus dan dua eksekutif dari AirAsia, seperti didedahkan portal United Kingdom (UK) semalam.

Semalam, portal The Telegraph dilaporkan mendakwa Airbus membayar RM204 juta dan menawarkan RM225 juta lagi untuk menaja sebuah pasukan sukan yang mempunyai kaitan dengan dua individu berpengaruh di AirAsia and AirAsiaX


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan Airbus dan dua eksekutif dari AirAsia, seperti didedahkan portal United Kingdom (UK) semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata mengikut akta SPRM, pihaknya mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat sebarang tindakan rasuah dilakukan oleh mana-mana warga tempatan atau penduduk tetap Malaysia yang berada di luar negara.




“Dalam kes Airbus-Airasia ini, saya dengan ini mengesahkan pihak SPRM sudah menghubungi pihak berkuasa UK dan sudah memulakan penyiasatan dalam perkara ini.

“Kami mempunyai kuasa untuk menyiasat apa-apa tindakan rasuah dilakukan individu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, portal The Telegraph dilaporkan mendakwa Airbus membayar RM204 juta dan menawarkan RM225 juta lagi untuk menaja sebuah pasukan sukan yang mempunyai kaitan dengan dua individu berpengaruh di AirAsia and AirAsiaX

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...