Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia: Siasatan terhadap Syed Saddiq bukan berita baru

SPRM sudah memanggil Syed Saddiq ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan untuk dirakam keterangan berhubung kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman beliau. Sumber (gambar): Fail TTF

سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه مليسيا: سياستن ترهادڤ سيد سددق بوكن بريتا بارو

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan dibuat terhadap Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kertas siasatan dibuka susulan kejadian kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman milik bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Petaling Jaya, 29 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan kes itu namun enggan mengulas lanjut.

Awal hari ini, sebuah portal berita melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan dibuat terhadap Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kertas siasatan dibuka susulan kejadian kehilangan wang lebih RM200,000 dari kediaman milik bekas Menteri Belia dan Sukan itu di Petaling Jaya, 29 Mac lalu.




Sumber berkata, pihaknya sudah memanggil Syed Saddiq ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama dilaksanakan, untuk dirakam keterangan berhubung kejadian itu.

“Memang sudah diketahui umum SPRM sudah memulakan siasatan terhadap beliau (Syed Saddiq).

“Bekas menteri itu dipanggil ketika tempoh PKP fasa pertama untuk bantu siasatan.

“Mengenai dakwaan bahawa SPRM meminta Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta, saya tidak boleh ulas lanjut,” katanya pada BH, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan kes itu namun enggan mengulas lanjut.

Awal hari ini, sebuah portal berita melaporkan SPRM dipercayai meminta Syed Saddiq mengisytiharkan aset dan harta bagi membantu siasatan.

Menurut portal itu, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM kerana rasuah.

Loading...

Setakat ini, Syed Saddiq tidak memberi sebarang reaksi terhadap laporan berita berkenaan.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...