Suruhanjaya Sekuriti dakwa tiada kepastian muktamad Azam Baki lakukan kesalahan

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dijadualkan bermesyuarat esok bagi membincangkan isu Azam itu namun ditangguhkan bagi mendapatkan pandangan undang-undang susulan bantahan daripada Azam. Sumber (gambar): Fail TTF

سوروهنجاي سكوريتي دعوا تياد كڤستين معتمد عزم باكي لاكوكن كسالهن

Siasatan Suruhanjaya Sekuriti tidak menemui kepastian muktamad bahawa Azam Baki melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai pada 2015-2016.

Dalam kenyataan ringkas, SC menyatakan ia telah menjalankan siasatan dan berdasarkan bukti yang ada “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”

Isu itu tercetus pada 14 Dis lalu apabila Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa Azam adalah pemilik lebih empat juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu beliau merupakan Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tidak lama kemudian, ahli panel pemantau SPRM, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan dan maklumat mengenai dakwaan pembabitan Azam dalam perniagaan secara langsung dan tidak langsung.


PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Sekuriti tidak menemui kepastian muktamad bahawa Azam Baki melakukan kesalahan berhubung isu pemilikan saham dalam syarikat tersenarai pada 2015-2016.

Dalam kenyataan ringkas, SC menyatakan ia telah menjalankan siasatan dan berdasarkan bukti yang ada “SC tidak dapat memastikan secara konklusif berlaku kesalahan bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat).”




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Seksyen 25(4) menetapkan semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik pemanfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

BACA JUGA: RAHSIA DI SEBALIK DESAKAN KLUSTER MAHKAMAH AGAR PRU15 DISEGERAKAN

Azam menafikan sebarang salah laku sebelum ini dan berkata pembelian lebih 4 juta saham dan waran dua syarikat tersenarai awam dilakukan oleh adiknya, Nasir Baki, dengan menggunakan akaun dagangan beliau.

Azam berkata, dia telah memaklumkan perkara itu kepada pihak atasan ketika itu.

Sejurus penafian itu, SC selaku pengawal selia pasaran modal tempatan melancarkan siasatan dan meminta Azam mengesahkan dan menjelaskan alasan tersebut.

Isu itu tercetus pada 14 Dis lalu apabila Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa Azam adalah pemilik lebih empat juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu beliau merupakan Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tidak lama kemudian, ahli panel pemantau SPRM, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan dan maklumat mengenai dakwaan pembabitan Azam dalam perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Borhan Dolah, bagaimanapun berkata, e-mel Gomez langsung tiada memperkatakan mengenai isu salah laku yang dikaitkan dengan Azam – dakwaan yang dinafikan oleh ahli ekonomi itu.

Loading...

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dijadualkan bermesyuarat esok bagi membincangkan isu Azam itu namun ditangguhkan bagi mendapatkan pandangan undang-undang susulan bantahan daripada Azam.

Sumber:

WAJIB BACA:

KEHANCURAN UMNO SUDAH BERMULA 

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...