Suspek kes culik, bunuh ‘Datuk Seri’ serah diri

Pihak berkuasa sehingga kini belum menamakan mangsa Datuk Seri berkenaan, yang dikatakan terlibat dalam perniagaan hartanah. Sumber (gambar): TTF

سوسڤك كيس چوليك، بونوه ءداتوق سريء سراه ديري

Salah seorang daripada suspek yang dikehendaki dalam siasatan kes culik dan bunuh seorang “Datuk Seri” dilaporkan telah menyerah diri kepada polis semalam.

Menurut laporan, suspek berkenaan, Vikneswarar Nagentiran, menyerah diri di Balai Polis Rawang dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang ahli politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Dewan Undangan Undangan (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipercayai menjadi dalang utama kes culik dan bunuh Datuk Seri berkenaan.

Sumber memaklumkan, suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan penculikan itu bersama dua lagi suspek ketika mangsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.


PETALING JAYA: Salah seorang daripada suspek yang dikehendaki dalam siasatan kes culik dan bunuh seorang “Datuk Seri” dilaporkan telah menyerah diri kepada polis semalam.

Menurut laporan (FMT), suspek berkenaan, Vikneswarar Nagentiran, menyerah diri di Balai Polis Rawang dan ditahan untuk siasatan lanjut.




“Reman sudah dipohon pada pagi tadi dan mahkamah membenarkan reman selama 7 hari bermula 30 Jun sehingga 6 Julai,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat dilaporkan sebagai berkata.

Polis setakat ini sudah menahan sembilan individu untuk siasatan selepas penemuan mayat ahli perniagaan itu di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya Sabtu lepas.

Mayat itu ditemui selepas penangkapan beberapa orang suspek ketika polis sedang menyelesaikan kes penculikannya.

Pihak berkuasa sehingga kini belum menamakan mangsa Datuk Seri berkenaan, yang dikatakan terlibat dalam perniagaan hartanah.

Seorang ahli politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Dewan Undangan Undangan (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dipercayai menjadi dalang utama kes culik dan bunuh Datuk Seri berkenaan.

Sumber memaklumkan, suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan penculikan itu bersama dua lagi suspek ketika mangsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.

“Ketiga-tiga suspek menghampiri mangsa dan mendakwa mereka adalah anggota polis sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian.

Loading...

“Selepas diculik, mangsa dibawa bertemu dengan dalang utama sebelum disembunyikan di beberapa lokasi termasuk sebuah rumah teres di Taman Kosaso, Rawang,” kata sumber.

Menurut sumber, beberapa saksi melihat kejadian itu dan barangan peribadi milik mangsa seperti telefon bimbit, cemin mata dan topi turut ditemui ditinggalkan di taman permainan terbabit.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...