
سوسولن دعوأن حمزه ء10،000 ڠاوتا ڤوليس دكوارانتينء، حميد بادور بركات كاوڤايان ڤوليس تيدق تربنتوت
Polis mempunyai kekuatan simpanan untuk digerakkan jika perlu untuk menampung penugasan anggota dan pegawai yang sedang menjalani kuarantin kendiri serta rawatan di hospital kerana positif COVID-19.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketika ini, sistem penugasan berjalan seperti biasa dan tiada yang perlu dibimbangkan.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin, manakala sekurang-kurang 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif Covid-19.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dipetik berkata kadar tinggi jangkitan dalam kalangan anggota polis membantutkan keupayaan dan kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan serta keamanan negara.
KUALA LUMPUR: Polis mempunyai kekuatan simpanan untuk digerakkan jika perlu untuk menampung penugasan anggota dan pegawai yang sedang menjalani kuarantin kendiri serta rawatan di hospital kerana positif Covid-19.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ketika ini, sistem penugasan berjalan seperti biasa dan tiada yang perlu dibimbangkan.
“Angka 10,000 anggota serta pegawai polis jalani kuarantin kerana Covid-19 yang dilaporkan media adalah jumlah kumulatif sejak Mac lalu.
“Bagaimanapun, polis memang ada kekuatan simpanan jika keadaan menjadi lebih rumit.
“Setakat ini, tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya pada BH, hari ini.
Sebelum ini, dilaporkan lebih 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin, manakala sekurang-kurang 200 lagi sedang dirawat selepas disahkan positif Covid-19.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dipetik berkata kadar tinggi jangkitan dalam kalangan anggota polis membantutkan keupayaan dan kekuatan pasukan itu dalam penugasan menjaga keselamatan serta keamanan negara.
Hamzah dilaporkan berkata, pasukan polis adalah petugas barisan hadapan berpotensi besar terdedah wabak itu kerana berada paling hampir dengan rakyat yang belum dipastikan tahap jangkitan.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
