Sweeden perlu mohon maaf kepada semua negara Islam, termasuk Malaysia

Raggie Jessy Rithaudeen

سويايدين ڤرلو موهون معاف كڤد سموا نڬارا اسلام، ترماسوق مليسيا

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Tindakan Islamofobia seorang ahli politik sayap kanan, Rasmus Paludan, yang membakar al-Quran di Stockhlom semalam perlu dikecam sekeras-kerasnya oleh dunia Islam dan disusuli pernohonan maaf secara rasmi oleh kerajaan Sweeden.

Semalam, Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm dan bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.




Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Paling mengejutkan, Paludan menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu di hadapan bangunan kedutaan Turkiye.

Ini terang-terang merupakan ancaman terhadap Islam oleh Paludan dan tidak harus dipandang ringan oleh negara-negara Islam, termasuk Malaysia.

Memandangkan permit ini diberikan oleh kerajaan Sweeden sebagai bantahan kepada tindak-tanduk sebuah negara Islam dalam pertubuhan antarabangsa, ianya turut boleh ditafsirkan sebagai ancaman Sweeden kepada negara-negara Islam.

Ini kerana Paludan menyerang Turkiye atas dasar keagamaan setelah Turkiye membantah penyertaan Sweeden dalam NATO, meskipun bantahan ini adalah hak Turkiye dan berkait isu keganasan, bukan keagamaan.

Sudah menjadi kewajipan bagi Paludan dan kerajaan Sweeden memohon maaf secara terbuka kepada seluruh dunia Islam sebelum sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...