Syabas kepada Shafie Apdal atas pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah

Raggie Jessy Rithaudeen

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah disahkan sebentar tadi menerusi perkenan oleh Yang diPertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin atas nasihat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Saya difahamkan, tindakan oleh Shafie adalah susulan kemelut yang melanda berikutan usaha beberapa kumpulan dari luar WARISAN untuk mempengaruhi ahli-ahli DUN Sabah agar memihak kepada Perikatan Nasional.




Shafie dikatakan muak dengan usaha ini yang menyebabkan mandat rakyat diketepikan dan persaingan kuasa dan kedudukan diutamakan biarpun rakyat jelata teruk terkesan akibat wabak Covid-19 yang melanda.

Saya dengan ini mengucapkan syabas kepada Shafie kerana mengambil langkah yang sewajarnya untuk menamatkan kemelut dan “politik berlebihan” ini dengan mengembalikan semula mandat rakyat agar rakyat Sabah dapat memutuskan siapa yang wajar menerajui negeri itu.

Sudah tiba masanya rakyat Sabah menentukan kepimpinan negeri mereka daripada didendangkan dengan pelbagai aksi “lompat parti” dan pencaturan lampau serta retorik sokongan yang dilaung-laungkan pemimpin-pemimpin yang lebih menekankan politik daripada jasa untuk rakyat.

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...