SYABAS KERAJAAN ISMAIL SABRI KERANA RUJUK RUU BERKAIT ANTI LOMPAT PARTI KE JAWATANKUASA PILIHAN KHAS

Haniff Khatri

شباس كراجأن اسماعيل صبري كران رجوق رواو بركايت انتي لومڤت ڤرتي ك جاوتنكواس ڤيليهن خاص

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Sejak diberitakan bahawa Kerajaan ISMAIL SABRI YAAKOB berhasrat untuk bentangkan RUU PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022 dan RUU ANTI LOMPAT PARTI 2022, yang pada awalnya dijadualkan pada sesi Persidangan Dewan Rakyat mulai 21.03.2022, dan kemudiannya ditangguhkan untuk sesi Persidangan Khas Dewan Rakyat pada 11.04.2022, ramai telah membangkitkan kerisauan berkaitan kandungan kedua-dua RUU itu, yakni samada ianya akan merangkumi dengan lengkap setiap pindaan yang perlu dalam RUU PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2022 mahupun maksud dan takrif “lompat parti” yang akibatkan “hilang kerusi” juga telah digubal dengan lengkap, adil dan saksama,, untuk menerapkan hak dan harapan Rakyat yang sebenar dan tidak dikompromi dengan hak parti untuk bermaharajalela.

2. Saya secar peribadi telah membangkitkan pandangan berhubung perkara ini sejak 21.04.2021, lebih daripada satu tahun yang lalu melalui sebuah Video terbitan THE MALAYSIAN INSIGHT yang dimuat naik di Siri : 3256, dan beberapa kenyataan lanjut saya seperti yang disiarkan beberapa media dan dimuat naik di Siri : 2896 dan Siri : 3257.

3. Pada hari ini MALAYSIAKINI 11.04.2022 bertajuk “Undi ditangguh untuk bolehkan PSC perhalusi RUU” telah melaporkan :

“Anggota Dewan Rakyat tidak dapat mengundi rang undang-undang (RUU) pindaan perlembagaan yang dibentangkan pada mesyuarat khas hari ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat memutuskan untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang baru bagi memperhalusi RUU yang bertujuan mengelakkan ahli parlimen daripada bertukar parti.

Ini berikutan sesi perbahasan berterusan melibatkan seramai 59 ahli parlimen menyaksikan mereka memberikan pelbagai cadangan mengenai RUU itu.

PSC yang mempunyai 11 anggota akan mempunyai tiga tugas iaitu:

Loading...

1. Memperhalusi apa yang dimaksudkan dengan menyekat ahli parlimen daripada bertukar parti dan mengkanunkannya dalam Perlembagaan Persekutuan;

2. Mengkaji cadangan untuk memansuhkan Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan dan pindaan perlembagaan lain yang perlu; dan,

3. Menyediakan kenyataan yang mengandungi cadangan RUU bagi menyekat ahli parlimen daripada bertukar parti.

Seperti jawatankuasa pilihan lain, PSC baru ini boleh menjemput ahli parlimen, pakar undang-undang dan pihak lain yang berminat dalam pendengaran mereka.

Jawatankuasa ini sepatutnya menyelesaikan tugas mereka dalam masa satu bulan, tetapi boleh melanjutkannya sekiranya perlu.”

4. SYABAS dan TAHNIAH saya ucapkan kepada Kerajaan ISMAIL SABRI YAAKOB dalam mengenal pasti peri penting keseluruhan kandungan kedua-dua RUU itu merangkumi peruntukan-peruntukan yang lengkap dan tepat mencapai hasrat Rakyat yang sah, yang perlu diteliti oleh pihak luar daripada Ahli Dewan Rakyat, kerana tidak boleh dinafikan bahawa kesemua 220 (daripada 222) Ahli Dewan Rakyat berada dalam kedudukan “BERKONFLIK KEPENTINGAN” berhubung kandungan kedua-dua RUU ini, kerana ianya akan terpakai kepada Ahli Dewan Rakyat itu sendiri.

5. Adalah diharapkan bahaewa Jawatankuasa Pilhan Khas Parlimen yang mengandungi 11 Ahli Dewan Rakyat akan dengan ikhlas menjemput dan menerima cadangan daripada kesemua pihak ketiga yang perlu, termasuk dan tidak terhad kepada para pengamal undang-undanag, para akademik dan para penglibat Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkenaan.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...