
Khairuddin Abu Hassan
Jutaan tahniah pada YB Mat Sabu dan parti Amanah yang bakal menolak ‘Belanjawan pilihanraya’ pada hakikatnya pada persidangan parlimen penggal ini.
Ini bukan Belanjawan untuk melawan seterusnya membasmikan pandemik covid-19 tetapi ianya adalah peruntukan Belanjawan kearah persediaan kerajaan ‘tebuk atap’ PN bagi menghadapi PRU15.
Semua ahli-ahli parlimen yang berprinsip harus ‘tolak’ kelulusan Belanjawan 2021 secara total.
Ini hanyalah percaturan politik kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang pada realitinya hanyalah mahu buat persediaan bagi menghadapi PRU15 dijangkakan berlaku pada bila-bila masa.
Bersyukur kerana Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah membahas Belanjawan 2021 semalam mendapat sambutan mahupun reaksi yang cukup baik dari keseluruhan lapisan masyarakat.
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh negarawan yang amat pragmatik dan realistik.
Sebab itu reaksi keseluruhan rakyat terhadap ura-ura gabungan tenaga di antara beliau dengan YBM Tengku Razaleigh Mamzah bagi mengambil-alih kepimpinan negara turut mendapat reaksi yang amat positif.
Kedua-dua tokoh negarawan ini tidak mempunyai sebarang bentuk agenda kepentingan diri tetapi semata-mata berniat luhur kearah membangunkan semula negara kita ke tahap pemulihan secara mutlak.
Kami akan bertungkus-lumus untuk berjumpa dengan semua ahli-ahli dewan rakyat agar bersatu hati menolak Belanjawan 2021 yang tidak memberangsangkan sama sekali.
Parti DAP serta PKR harus ikut pendirian YB Mat Sabu dan parti Amanah.
Kita juga tidak dapat melihat secara jelas bahawa Belanjawan 2021 boleh jadi pemangkin ekonomi yang boleh membina semula ‘Malaysia baharu’.
Ini adalah Belanjawan yang paling teruk berteraskan kepada kepentingan politik semata-mata. Lakaran Belanjawan 2021 adalah agenda kerajaan ‘tebuk atap’ PN bagi mengekalkan kuasa mereka saja.
Dalam masa yang sama speaker parlimen tidak berhak untuk menyekat mana-mana ahli-ahli parlimen dari melunaskan tanggungjawab mereka untuk mengundi secara sepenuhnya pada hari pengundian dasar Belanjawan 2021 kelak.
Mana ada peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan speaker parlimen boleh menetapkan hanya 80 orang saja ahli-ahli parlimen boleh berada dalam dewan rakyat sepanjang persidangan parlimen penggal ini.
Insya-Allah kami sudah menyusun struktur pergerakan Deklarasi Rakyat 2.0 yang saya sendiri menerajuinya dan bakal menulis memorandum protes kepada KDYMM Agong serta Raja-Raja Melayu mengenai ‘ruling’ speaker parlimen menghadkan kehadiran penuh ahli-ahli dewan rakyat pada persidangan parlimen kali ini.
Menghadkan hanya 41 ahli-ahli parlimen dari pihak kerajaan ‘tebuk atap’ dan hanya 31 orang dari pembangkang adalah tindakan yang tidak masuk akal sama sekali.
Ini adalah amaran keras dari pergerakan Deklarasi Rakyat 2.0 kepada speaker parlimen agar bersikap professional dan jangan cuba main politik.
Jangan cuba untuk memperbodohkan keseluruhan 32 juta rakyat Malaysia.
Buat masa ini tindakan speaker parlimen adalah bercanggah dengan peruntukan undang-undang di bawah perlembagaan negara.
Jangan sama sekali pandang remeh kepada kuasa rakyat yang telah memilih semua ahli-ahli parlimen yang kesemua dari mereka mempunyai hak untuk menghadiri persidangan secara penuh dalam dewan rakyat.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
