Syabas, Takiyuddin Hassan akhirnya berterus terang berkenaan UMNO dan secara tak langsung sahkan dakwaan saya

“Bagi PAS, jika Team A mampu memperdaya dan menunggang pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dari PPBM bagi memenuhi agenda mereka, maka tidak mustahil mereka turut akan “memperdaya dan menunggang” PAS bagi tujuan yang sama”

Raggie Jessy Rithaudeen

شباس، تاكييوددين حسن اخيرڽ برتروس ترڠ بركنأن امنو دان سچارا تق لڠسوڠ سهكن دعوأن ساي

Pembongkaran Datuk Takiyuddin Hassan berhubung kegagalan UMNO memaklumkan kepada PAS bahawa parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional membuktikan apa yang saya katakan selama ini, iaitu UMNO membuat keputusan unilateral tanpa mengambil kisah pendirian PAS.

Sebentar tadi,Astro Awani melaporkan Takiyuddin sebagai berkata, perkara berkenaan “dijangka dibincangkan dalam masa terdekat dan PAS sedang menunggu pelawaan daripada Umno mengenainya.”




Takiyuddin kemudian menegaskan bagi kali kedua sokongan PAS terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, sehingga PRU-15.

“Berdasarkan perjanjian dan kita (sebagai) parti Islam, kita berpegang pada janji,” katanya.

Pengesahan Takiyuddin merupakan pengesahan kali keempat yang dibuat oleh pemimpin PAS berhubung komitmen parti itu terhadap gabungan Perikatan Nasional.

Pengesahan ini turut membuktikan PAS dan UMNO tidak sehaluan dalam banyak perkara disebabkan sikap UMNO yang ingin kekal sebagai “big brother” walaupun berpaut pada PAS untuk meraih sokongan pengundi Melayu-Islam.

Pada 30hb Julai 2020, saya menulis:

Dari awal lagi, saya sudah katakan bahawa Team A hanya menunggang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggunakan penyatuan ummah sebagai alasan untuk kembali berkuasa.

Seharusnya, UMNO mengambil inisiatif untuk merasmikan gabungan Perikatan Nasional atas dasar penyatuan ummah lebih menyeluruh memandangkan ianya melibatkan pergabungan tiga buah parti politik bertunjangkan Melayu-Islam, iaitu PAS, PPBM dan UMNO sendiri.

Loading...

Sebaliknya, bukan hanya UMNO menjarakkan diri dari PPBM dengan mengisytiharkan tidak akan sertai Perikatan Nasional secara rasmi, pemimpin-pemimpin UMNO juga telah beberapa kali mencabar untuk merampas kembali kerusi PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga timbul keretakkan antara kedua-dua parti itu.

Keengganan UMNO memasuki apa-apa bentuk perbincangan atau muzakarah rasmi dengan kepimpinan tertinggi PAS berhubung perasmian Muafakat Nasional menerusi pendaftaran gabungan tersebut turut merungsingkan PAS dan menimbulkan keretakkan dalam hubungan antara kedua-dua parti itu.

Pada 25hb Julai 2020 pula, saya menulis:

PAS akan terpaksa menggunakan bendera Barisan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan keraguan di kalangan pengundi Melayu-Islam berhubung komitmen PAS terhadap Muafakat Nasional.

Perkara ini merungsingkan beberapa pemimpin PAS, sekaligus menimbulkan syak bahawa Team A dari awal memperkudakan PAS untuk meraih sokongan lebih ramai pengundi Melayu-Islam suslan kejatuhan ‘saham’ UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Atas sebab itulah Tuan Ibrahim Tuan Man menangkis pandangan sesetengah pemimpin UMNO secara terbuka sambil memberikan komitmen PAS terhadap konsep Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya.

Tangkisan itu dibuat pada 19hb Julai 2020, di mana Tuan Ibrahim secara jelas memberitahu bahawa pandangan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju sekiranya Kedah dan Terengganu diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada PAS merupakan “pandangan peribadi pemimpin berkenaan.”

Ini sebenarnya merupakan satu tamparan kencang dari PAS terhadap Team A dan ada sangkut pautnya dengan maklum balas yang diberikan oleh UMNO terhadap kenyataan Annuar berhubung isu pencalonan Perdana Menteri.

Maklum balas inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh Hadi bagi membolehkan PAS membuat beberapa penilaian.

Pada 6hb Julai 2020, Zahid secara terbuka mengingatkan UMNO agar tidak terheret dalam perbahasan pencalonan, sekaligus mengisytiharkan (secara tidak langsung) bahawa “UMNO sememangnya tidak sehaluan dengan PAS dalam banyak perkara.”

Ini termasuklah komitmen UMNO terhadap Perikatan Nasional, di mana Team A tidak pernah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada gabungan tersebut secara rasmi biarpun mengheret PAS untuk menyertainya atas dasar “perlu kuburkan DAP demi perpaduan ummah.”

Malah, beberapa pemimpin Team A pernah mencabar PPBM secara terbuka, termasuk Najib, yang pernah mengisytiharkan bahawa UMNO akan cuba merampas kembali satu kerusi di Johor dari PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Kesemua ini membuktikan bahawa UMNO tidak sehaluan dengan PPBM, tidak komited terhadap konsep Perikatan Nasional, tidak ingin menggunakan bendera Muafakat Nasional di Pilihan Raya dan tidak sependapat dengan PAS dalam banyak isu.

Saya menambah:

Bagi PAS, jika Team A mampu memperdaya dan menunggang pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dari PPBM bagi memenuhi agenda mereka, maka tidak mustahil mereka turut akan “memperdaya dan menunggang” PAS bagi tujuan yang sama,.

Atas dasar “kurang yakin” inilah PAS mengisytiharkan sebanyak tiga kali bahawa parti itu komited terhadap gabungan Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Pengisytiharan pertama dibuat oleh Takiyuddin Hassan pada 8hb Jun 2020, manakala pengisytiharan kedua dan ketiga dibuat oleh Tuan Ibrahim secara langsung pada 5hb Julai 2020 dan secara tidak langsung pada 19hb Julai 2020.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Zahid hari ini, beliau memberitahu, Muhyiddin ada memberi petunjuk kepadanya berhubung keinginan PPBM menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional.

Seandainya benar, masalah agihan kerusi tetap akan menjadi isu besar bagi Team A kerana UMNO masih perlu bersetuju untuk ‘korbankan’ banyak kerusi untuk ditandingi oleh calon-calon dari PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.

Tetapi inilah di antara masalah terbesar UMNO, malah pemimpin Team A pernah secara terbuka mencabar PPBM dengan hasrat merampas kerusi PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.

PAS pula terang-terang telah menyatakan hasratnya untuk bersama Perikatan Nasional di Pilihan Raya Umum ke-15, sekaligus meletakkan tanda tanya pada pengumunan Zahid memandangkan hala tuju UMNO kini dilihat bertentangan dengan hala tuju PAS.

Atas sebab inilah saya tidak percaya UMNO tahu apa yang sedang dilakukannnya dan hanya sedang membeli masa untuk melakukan pencaturan-pencaturan tertentu sebelum parlimen dibubarkan kelak.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...