Syed Saddiq: Memang ada wang dicuri, tapi laporan media salah

“Laporan media bahawa RM250,000 itu merupakan wang BERSATU adalah tidak benar dan anggaran kecurian belum dapat disahkan” – Syed Saddiq. Sumber (gambar): The Malaya Post

سيد سددق: ميمڠ اد واڠ دچوري، تاڤي لاڤورن ميديا ساله

Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan bahawa berlaku kecurian di kediaman beliau hari ini (Isnin, 30hb Mac 2020).

Bagaimanapun, beliau mendakwa, laporan media sebelum ini bahawa jumlah yang hilang ialah sebanyak RM250,000 wang milik PPBM adalah tidak benar.

Terdahulu, Syed mengutus surat rasmi kepada Sri Pentas dan merujuk kepada siaran media yang TV3 bertarikh 30hb Mac 2020 yang bertajuk, “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq.” 

Dalam surat berkenaan, Syed menegaskan beliau tidak pernah menyatakan bahawa siasatan polis adalah berkenaan wang milik PPBM dan meminta TV3 mohon maaf secara terbuka.


SUBANG JAYA: Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan bahawa berlaku kecurian di kediaman beliau hari ini (Isnin, 30hb Mac 2020).

Menurut laporan, Syed mengesahkan laporan polis dibuat dan polis sudahpun membuat siasatan di rumah sejak malam tadi.




Bagaimanapun, beliau mendakwa, laporan media sebelum ini bahawa jumlah yang hilang ialah sebanyak RM250,000 wang milik PPBM adalah tidak benar.

“Saya telah membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumah saya. Pihak polis dan forensik sudah datang dan membuat siasatan di rumah sejak malam tadi.

“Buat masa ini, saya tidak dapat mengesahkan sebarang butiran atau spekulasi sehingga siasatan selesai.

“Laporan media bahawa RM250,000 itu merupakan wang BERSATU adalah tidak benar dan anggaran kecurian belum dapat disahkan,” beliau dilaporkan berkata.

Terdahulu, Syed mengutus surat rasmi kepada Sri Pentas dan merujuk kepada siaran media yang TV3 bertarikh 30hb Mac 2020 yang bertajuk, “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq.”

Dalam surat berkenaan, Syed menegaskan beliau tidak pernah menyatakan bahawa siasatan polis adalah berkenaan wang milik PPBM dan meminta TV3 mohon maaf secara terbuka.

THE THIRD FORCE

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...