Syed Saddiq minta TV3 mohon maaf terbuka isu kehilangan RM250 ribu

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman. Sumber (gambar): Fail TTF

سيد سددق مينتا تۏ3 موهون معاف تربوك ايسو كهيلڠن رم250 ريبو

Berikut merupakan salinan teks surat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman kepada Sri Pentas, TV3:

page1image408

AHLI PARLIMEN MUAR

MUAR MEMBER OF PARLIAMENT

 




Sri Pentas,
No. 3 Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

30 Mac 2020

TUNTUTAN PERMOHONAN MAAF DAN MENARIK SEMULA KENYATAAN BERTAJUK “WANG RM250,000 MILIK PPBM HILANG DARI KEDIAMAN SYED SADDIQ”

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan/Puan

Merujuk kepada siaran media yang dikeluarkan oleh pihak TV3 bertarikh 30 Mac 2020, saya ingin menegaskan bahawa terdapat kesalahan fakta yang serius pada tajuk berita tersebut. Tajuk berita itu adalah “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq” dan dikepilkan sekali dengan gambar saya bersama petikan “Laporan polis telah dibuat. Saya serahkan kepada polis untuk melakukan siasatan”.

2. Saya ingin menegaskan bahawa petikan saya itu adalah benar namun saya tidak pernah menyatakan bahawa siasatan ini adalah berkenaan wang milik PPBM. Malah, di dalam laporan polis yang telah saya lakukan pada 29 Mac 2020, saya tidak pernah sesekali menyatakan bahawa wang tersebut adalah milik PPBM. Namun, tajuk berita itu adalah tidak benar sama sekali.

Loading...

3. Maka, apabila pihak TV3 menyiarkan tajuk berita sebagai “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq”, ia telah mendatangkan akibat yang serius kepada kredibiliti saya sebagai pemimpin ARMADA dan BERSATU, menjatuhkan imej saya dan mendatangkan fitnah oleh pihak ketiga.

4. Justeru, saya ingin meminta agar pihak TV3 supaya melakukan permohonan maaf secara terbuka terhadap tindakan menyiarkan tajuk berita yang salah dan menarik semula kenyataan “Wang RM250,000 Milik PPBM Hilang Dari Kediaman Syed Saddiq” dengan kadar yang segera pada hari yang sama tajuk ini disiarkan (30 Mac 2020).

5. Saya memohon kerjasama dari pihak TV3 dan berharap perkara ini tidak dilanjutkan ke peringkat undang-undang bagi menjaga kredibiliti saya sebagai pemimpin ARMADA dan BERSATU. Semoga pihak TV3 terus menjadi sumber berita yang sahih kepada rakyat Malaysia.

Sekian salam hormat,

“DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT”

Yang Menjalankan Amanah,

SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN

Ahli Parlimen Muar



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...