Syed Saddiq: Saya alami ‘kecederaan tisu lembut” akibat dicengkam Papagomo

Syed Saddiq mendakwa Exco Pemuda Umno Papagomo dengan menggunakan lengan bertindak mengunci lehernya dan mengugutnya ketika kekecohan di Semenyih. Sumber (gambar): Fail TTF

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa beliau mengalami ‘soft tissues injury’ akibat dicengkam oleh pengendali laman blog, Papagomo dalam kejadian di Semenyih, Februari lalu.

Ahli Parlimen Muar itu berkata pada kira-kira jam 11 pagi, jalan dilalui beliau bersama tiga lagi individu iaitu pengawal peribadinya, Sarjan Mohd Amin Bacho; Setiausaha Politiknya, Mohd Aizad Roslan dan Pegawai Khasnya, Ahmad Redzuan Mohamed Syafi, tidak lagi disekat kerana sesi penamaan calon sudah selesai.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin, pada hari kedua perbicaraan kes dihadapi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu.

Pada 28 Februari lalu, Wan Muhammad yang juga Exco Pemuda UMNO, didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut ‘kau bodoh’ bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada jam 11.05 pagi, 16 Februari lalu.


KAJANG: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa beliau mengalami ‘soft tissues injury’ akibat dicengkam oleh pengendali laman blog, Papagomo dalam kejadian di Semenyih, Februari lalu.

Menceritakan semula kejadian pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Syed Saddiq berkata beliau dan tiga lagi pegawainya sedang berjalan ke arah kereta yang dipandunya sendiri dan diletakkan berhampiran dewan penamaan calon.




Ahli Parlimen Muar itu berkata pada kira-kira jam 11 pagi, jalan dilalui beliau bersama tiga lagi individu iaitu pengawal peribadinya, Sarjan Mohd Amin Bacho; Setiausaha Politiknya, Mohd Aizad Roslan dan Pegawai Khasnya, Ahmad Redzuan Mohamed Syafi, tidak lagi disekat kerana sesi penamaan calon sudah selesai.

“Di seberang jalan ketika itu ada sekumpulan penyokong parti politik lawan seramai kira-kira 50 hingga 100 orang dan mereka berulang kali mengeluarkan kata-kata kesat seperti ‘babi’, ‘bangsat’ dan ‘hancing’ terhadap kami.

“Bagaimanapun, kami terus berjalan tetapi kemudian terdapat sekumpulan daripada mereka yang mula melintas jalan raya dan mengepung kami. Apabila dikepung, kami rasa cemas, gusar dan takut kerana bilangan mereka lebih ramai berbanding kami,” katanya.

Syed Saddiq berkata, melihatkan tindakan penyokong pihak lawan, pengawal keselamatannya yang juga saksi pendakwaan pertama, Sarjan Mohd Amin, terus pergi ke hadapan untuk mempertahankannya.

“Ketika itu, apabila orang di sekeliling melihat ketegangan itu, pihak polis trafik dan sukarelawan Unit Amal datang membantu memberi perlindungan. Mereka membawa saya ke depan untuk terus ke kereta.

“Pada mulanya, tiada pihak cuba mencederakan saya, namun seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Papagomo, lari dari arah belakang dan menggunakan jalan di sebelah kanan iaitu jalan berparit untuk datang ke sebelah dan terus mencengkam bahu serta dan leher kiri saya sambil membisik ‘kau bodoh’,” katanya.

Beliau berkata, tekanan daripada cengkaman selama tiga hingga ke lima saat di bahu dan lehernya itu menyebabkan kesakitan dan beliau merasakannya sejurus tiba di kediamannya.

“Tanpa membazirkan masa, saya terus membuat laporan polis selain melakukan pemeriksaan serta imbasan x-ray di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan doktor memaklumkan ada ‘soft tissue injury’, berikutan itu saya diberikan suntikan tahan sakit dan dua jenis ubat untuk dimakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin, pada hari kedua perbicaraan kes dihadapi Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 36, atas dua pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kecederaan terhadap menteri itu.

Ketika ditanya Hairuliqram Hairuddin sekiranya beliau mengenali Wan Muhammad, Syed Saddiq menjawab ‘Ya’ dan membuat pengecaman di dalam mahkamah terhadap lelaki itu selaku Orang Kena Saman (OKS).

Pada 28 Februari lalu, Wan Muhammad yang juga Exco Pemuda UMNO, didakwa mengaibkan kehormatan Syed Saddiq dengan menyebut ‘kau bodoh’ bagi maksud mengganggu kesantunannya di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada jam 11.05 pagi, 16 Februari lalu.

Pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, OKS didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan di leher dan bahu Ketua ARMADA itu pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris bersambung pada 28 Januari tahun depan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...