Syed Saddiq: Saya diugut dengan gambar sensitif

PETALING JAYA: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan menerima ugutan terbaru daripada kumpulan sama yang pernah menawarkannya rasuah RM5 juta sebelum ini.

Ujarnya, ugutan tersebut berupa beberapa keping gambar sensitif yang bertujuan menggertaknya meninggalkan parti.

“Dalam lingkungan jam 1.00 pagi hari ini saya dapat melalui saluran yang saya tak boleh maklumkan sekarang, beberapa gambar yang agak sensitif yang berunsur ugutan.

“Sebelum ini (ugutan) ke atas ayah dan abang saya saja. Tetapi sekarang ke atas saya juga. Saya terus buat laporan polis. Ada lagi dua sesi laporan sebab ini isu yang serius.

“Ia bukan ugutan bunuh atau pukul. Tapi ia lebih kepada isu peribadi untuk gertak saya dan keluarga saya untuk berhenti  dedahkan apa yang bersangkut paut dengan mereka di sebelah sana,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Sumber: Antarapos

Comments

Comments