Syed Saddiq sekeluarga disergah, diugut di Ulu Tiram, Johor [VIDEO DISERTAKAN]

Menurut Syed, ‘gengster’ berkenaan menuntut agar beliau meminta maaf kepada Tengku Mahkota Johor yang lebih dikenali dengan nama singkatan TMJ. Sumber (gambar): Fail TTF

سيد سددق سكلوارڬ دسرڬه، داوڬوت د اولو تيرم، جوهر

Sekumpulan kira-kira 200 individu yang berkelakuan ‘ganas’ dilaporkan ‘melanggar’ meja makan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Ulu Tiram, Johor, Syed yang berada bersama ibu bapanya di meja berkenaan dilaporkan disergah kumpulan berkenaan yang turut menyergah ahli-ahli sayap wanita, pemuda dan bahagian yang hadir bersama ahli-ahli keluarga mereka.

Sementara itu, TTF dimaklumkan bahawa kejadian malam semalam sah sepertimana yang didakwa Syed Saddiq di mana mereka yang hadir ada menuntut agar menteri berkenaan meminta maaf daripada TMJ.

Sejak semalam, klip-klip video yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan adegan ‘sergah’ individu-individu berkeanaan yang majoritinya berpakaian hitam dan kelihatan mengugut.


PETALING JAYA: Sekumpulan kira-kira 200 individu yang berkelakuan ‘ganas’ dilaporkan ‘melanggar’ meja makan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Ulu Tiram, Johor, Syed yang berada bersama ibu bapanya di meja berkenaan dilaporkan disergah kumpulan berkenaan yang turut menyergah ahli-ahli sayap wanita, pemuda dan bahagian yang hadir bersama ahli-ahli keluarga mereka.




“Mereka semua berdiri keliling berpakaian hitam datang ke majlis kami. Gangster dan tidak hormat orang.

Mereka semua berdiri mengepung tempat makan kami, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir.

“Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat. Ibu bapa saya juga jadi saksi malam ini,” kata Syed Saddiq.

Menurutnya, ‘gengster’ berkenaan menuntut agar beliau meminta maaf kepada Tengku Mahkota Johor yang lebih dikenali dengan nama singkatan TMJ.

“Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis.

“Apa yang berlaku, saya pun tak tahu. Yang saya tahu, ini biadap dan kurang ajar. Apa salah saya? Saya berkhidmat untuk rakyat.

Bersambung selepas video

Loading...

“Lebih teruk, keselamatan semua yang hadir. Bayangkan dikepung lebih 200 orang individu lagak seperti gangster.

“Saya sendiri, YB Rafiq, YB Mazlan dan lain terpaksa lari guna jalan tikus dan lompat pagar. Lari seperti orang salah,” tambahnya.

Sementara itu, TTF dimaklumkan bahawa kejadian malam semalam sah sepertimana yang didakwa Syed Saddiq di mana mereka yang hadir ada menuntut agar menteri berkenaan meminta maaf daripada TMJ.

Sejak semalam, klip-klip video yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp memaparkan adegan ‘sergah’ individu-individu berkeanaan yang majoritinya berpakaian hitam dan kelihatan mengugut.

TTF sedang berusaha untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian berkenaan.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...