Syed Saddiq tarik balik saman terhadap Muhyiddin, pendaftar pertubuhan

Saman Syed bersama enam lagi menamakan Muhyiddin yang kini Pemangku Pengerusi Bersatu; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan pertama hingga keempat. Sumber (gambar): Fail TTF

سيد سددق تاريق بلق سامن ترهادڤ محي الدين، ڤندفتر ڤرتوبوهن

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menarik semula saman sivil berhubung kes pemecatan keahliannya dari parti itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini, Syed berkata beliau reda dengan nasib yang menimpanya dan tidak ingin melengah-lengahkan masa pihak yang ingin menyingkirkannya.

Pada 9hb Jun lalu, Syed bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima lagi memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku presiden PPBM, dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti itu pada dua minggu lepas.

Lima yang dimaksudkan itu ialah Dr Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Marzuki Yahya anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan parti PPBM selaku plaintif.


PETALING JAYA: Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menarik semula saman sivil berhubung kes pemecatan keahliannya dari parti itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini, Syed berkata beliau reda dengan nasib yang menimpanya dan tidak ingin melengah-lengahkan masa pihak yang ingin menyingkirkannya.




“Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

“Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

“Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa depan negara. Walau apa pun, jika ia berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you? (apa kata anda),” katanya.

Pada 9hb Jun lalu, Syed bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima lagi memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku presiden PPBM, dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemecatan keahlian serta jawatan mereka dalam parti itu pada dua minggu lepas.

Lima yang dimaksudkan itu ialah Dr Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Marzuki Yahya anak Mahathir sendiri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan parti PPBM selaku plaintif.

Kesemua mereka menamakan Muhyiddin yang kini Pemangku Pengerusi Bersatu; Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah RoS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan pertama hingga keempat.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...