
سيد سددق: والاوڤون مت حسن دري امنو، ساي مڠحرمتيڽ كران تولق تاورن تراجوي شريكت بركاءيتن كراجأن
Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memuji Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan Mohamad kerana menolak tawaran menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi fokus kepada parti.
Mohamad dilaporkan menolak tawaran untuk menerajui Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pengerusi syarikat berkenaan.
“Jarang sekali ahli politik menolak bentuk tawaran sebegini. Lebih-lebih lagi tawaran dari syarikat-syarikat besar dan utama di negara kita datang dengan begitu banyak kelebihan.
“Selain daripada bayaran asas, tawaran tersebut juga datang dengan elaun mesyuarat, elaun kereta, elaun eletrik, dan lain lain lagi. Kalau prinsip ahli politik dikaburi dengan ringgit, pasti tidak akan menolak tawaran yang boleh mencecah lebih RM300,000.”
PETALING JAYA: Ketua Pemuda PPBM Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memuji Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan Mohamad kerana menolak tawaran menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memberi fokus kepada parti.
Menurut laporan berita Free Malaysia Today, Syed berkata, Mohamad menunjukkan teladan terbaik berhubung soal prinsip dan integriti dengan menolak tawaran tersebut.
Mohamad dilaporkan menolak tawaran untuk menerajui Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pengerusi syarikat berkenaan.
Syed kemudian mengkritik pemberian tawaran jawatan pengerusi kepada semua ahli parlimen yang tidak memegang jawatan menteri atau timbalan menteri.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, ketika rakyat berdepan kesukaran akibat impak krisis Covid-19, ramai ahli politik menutup mata dan berlapang dada dengan tawaran jawatan dalam kerajaan.
“Kebanyakan daripada mereka menerima tawaran tersebut, tetapi berbeza dengan Datuk Seri. Saya percaya ini adalah permulaan yang sukar untuk politik khidmat di negara kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.
“Jarang sekali ahli politik menolak bentuk tawaran sebegini. Lebih-lebih lagi tawaran dari syarikat-syarikat besar dan utama di negara kita datang dengan begitu banyak kelebihan.
“Selain daripada bayaran asas, tawaran tersebut juga datang dengan elaun mesyuarat, elaun kereta, elaun eletrik, dan lain lain lagi. Kalau prinsip ahli politik dikaburi dengan ringgit, pasti tidak akan menolak tawaran yang boleh mencecah lebih RM300,000.”
Syed turut berkata ahli politik sepatutnya menjaga kebajikan serta membela rakyat, golongan kurang bernasib baik dan mentadbir negara dengan penuh bertanggungjawab.
“Prinsip ini tidak boleh dibuat urus niaga atau ditukar ganti dengan faktor material, jawatan dan wang ringgit. Bukan mudah untuk menjaga prinsip dan integriti, tetapi itulah ujian kepada para pemimpin.
“Saya percaya ahli politik harus buang jauh-jauh rasa takut untuk kalah dalam pilihan raya jika berlaku adil dan jujur.
“Menang kalah pilihan raya itu adalah rezeki dan amanah dari Tuhan. Semuanya kita ikhtiar untuk bantu rakyat. Tetapi, ahli politik harus zahirkan rasa jelik dengan kemenangan oleh elit politik yang menabur wang dan janji rakyat untuk pangkat dan kuasa.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
