Tafsir Al-Quran ikut acuan sendiri: Asyraf Wajdi (UMNO) putar belit fakta untuk pertahan Howard Lee (DAP)

“Howard Lee menipu diri sendiri, umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia dengan tafsirannya. Sebelum ini, DAP terang-terang bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR untuk menghasut rakyat menentang kerajaan-kerajaan YDPA terdahulu.” TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

Hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan telah tampil membela Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Howard Lee.

Kononnya, ketika DAP masih bersama PAS dalam Pakatan Rakyat, ada seorang Cina dari kumpulan penyokong PAS yang ‘menerangkan maksud’ ayat suci Al-Quran di hadapan penyokong PAS.




Saya menonton klip video yang dimaksudkan, dan terdapat perbezaan ketara antara klip ini dan klip video Howard Lee.

1.     Individu Cina yang dimaksudkan oleh Asyraf, Yau Con Seng, berasal dari kumpulan penyokong PAS. Untuk makluman, Yau sekadar membaca sebahagian daripada terjemahan rasmi surah Al-Baqarah, Ayat 83, dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.

2.   Yau tidak sekali-kali menokok tambah terjemahan itu dengan tafsiran beliau sendiri sambil menyerang atau memfitnah sesiapa.

TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)

3.   Howard Lee pula menokok tambah terjemahan surah An Nisa Ayat 59 dengan tafsirannya sendiri dan menggunakan tafsirannya untuk menyerang PAS dan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

4.   Howard Lee turut menggunakan tafsiran untuk memfitnah PAS, kononnya PAS tidak dapat menerima ‘perpaduan’ di bawah kerajaan madani.

5.   Hakikatnya, perpecahan Muslim-Bukan Muslim di bawah kerajaan madani terburuk dalam sejarah sejak merdeka, dan beberapa pemimpin DAP memburukkan keadaan lagi dengan kata-kata bersifat rasis lampau dan bersempadankan anti-Muslim dan anti-Islam.

6.   Howard Lee turut menggunakan tafsiran peribadinya untuk mengkritik Hadi dan PAS atas penentangan terhadap kepimpinan kerajaan, dengan membayangkan ianya terlarang dalam Islam.

Loading...

7.    Ini cukup tidak tepat dan menyesatkan malah mampu mengelirukan masyarakat bukan Islam.

8.   Hakikatnya, kedua-dua Al Quran dan Al-Sunnah perlu dihayati secara mendalam untuk mengenalpasti pendekatan sebenar Islam berhubung satu-satu perkara.

9.   Umat Islam perlu juga merujuk kepada ulama dan cendekiawan Islam yang mentafsirkan ajaran agama Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah serta sumber yang sahih dan benar.

10. Howard Lee menipu diri sendiri, umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia dengan tafsirannya.

11.   Sebelum ini, DAP terang-terang bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR untuk menghasut rakyat menentang kerajaan-kerajaan YDPA terdahulu.

12. Malah, Anwar pernah menghasut rakyat secara terbuka untuk melancarkan “Malaysian Spring” ala Arab Spring, di mana rusuhan Arab Spring telah mengorbankan banyak nyawa di dunia Arab beberapa tahun lalu.

13. Di sini sahaja, kita dapat lihat bagaimana DAP melakukan perkara yang amat berbeza dengan tafsiran sesat Howard Lee, dan ini menimbulkan persoalan adakah Howard Lee memutar belit ayat suci Al-Quran untuk kepentingan politik DAP.

TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...