Azwanddin, yang merupakan tahanan politik pertama negara semenjak kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah penguasaan DAP menakluki Putrajaya, disambut di luar IPD berkenaan oleh sanak-saudara beliau dan barisan kepimpinan JMM dan Gagasan Tiga (G3).
KLANG: Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah dibebaskan pada 1.15 petang tadi dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara atas jaminan polis yang ditandatangani Pegawai Penyiasat (IO) yang bertugas, Inspektor Mohd Sharul Izuan bin Ramli.
Azwanddin, yang merupakan tahanan politik pertama negara semenjak kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah penguasaan DAP menakluki Putrajaya, disambut di luar IPD berkenaan oleh sanak-saudara beliau dan barisan kepimpinan JMM dan Gagasan Tiga (G3).
Apabila ditemui, Azwanddin, yang kelihatan layu dan susut berat badan, menyuarakan rasa syukurnya ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, beliau telah dibebaskan sehari lebih awal dari tarikh pembebasan yang diwar-warkan.
Pertemuan yang begitu menyayat hati dengan ahli keluarga di luar IPD Kelang Utara
“Saya berterima kasih terhadap semua penyokong saya dan berjanji akan meneruskan perjuangan saya dan tidak akan takut menyuarakan kebenaran biar apapun yang terjadi kepada saya.
“Saya telah menghadapi sedikit masalah kesihatan ketika berada di tahanan, tetapi alhamdulilah, saya masih lagi berada di sini dan berjanji akan terus berjuang demi Allah, agama ku dan bangsa ku.
“Tiada siapa yang mampu mematahkan semangat saya,” kata Azwanddin.
Tahanan politik pertama selepas PRU-14, Azwanddin Hamzah, dibebaskan sebentar tadi https://t.co/qaWtBW8lIs
— Raggie Jessy Rithaudeen (@RaggieJessy) December 29, 2018
Loading...
