
“Saya sendiri membuat laporan polis terhadap Najib kerana memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan, di mana Najib secara palsu mendakwa kerajaan PH di bawah kepimpinan Mahathir menarik balik laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)”
Raggie Jessy Rithaudeen
تاهڤ كڤرچايأن رعيت ترهادڤ نجيب مروسوت تروق
Makin ramai tidak percayakan dakwaan-dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak di media sosial.
Ini berdasarkan kajian peribadi saya dan pihak-pihak tertentu secara berterusan dalam tempoh tujuh bulan, melibatkan perbualan dengan lebih 250 orang yang ditemui secara rambang di beberapa kawasan, termasuk juga kawasan perkampungan.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Salah satu dakwaan yang kurang dipercayai ialah dakwaan terhadap Hakim Mohd Nazlan dan juga alasan yang diberikan oleh Najib berhubung perlunya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan secepat mungkin.
Hampir kesemua yang ditemui bersetuju bahawa Najib dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi amat terdesak dan menekan Perdana Menteri untuk mengusulkan pembubaran awal parlimen semata-mata kerana ingin menyelamatkan tengkuk masing-masing.
Begitu juga dengan pecubaan Najib melibatkan Queen’s Council dalam rayuan kes SRC – lebih 80 peratus yang ditanya berpendapat bahawa ini hanyalan taktik melambatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan harapan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan sebelum keputusan dibuat.
Baru-baru ini, Pemuda Amanah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan menuduh Najib memanipulasi fakta berhubung isu rampasan dua anak syarikat Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.
Ketua Strategi Pemuda Amanah Ammar Tan dilaporkan sebagai berkata, laporan polis dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 499 dan 505 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, saya sendiri membuat laporan polis terhadap Najib kerana memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan, di mana Najib secara palsu mendakwa kerajaan PH di bawah kepimpinan Mahathir menarik balik laporan polis yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kehilangan dana FOREX BNM sebanyak RM33 bilion (bernilai lebih RM100 bilion sekarang) dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA.
Kronologi kejadian sebenar ialah seperti berikut:
1. Pada 30hb November 2017, Dr Yusof Ismail – yang merupakan lantikan terus Pejabat Perdana Menteri di bawah seliaan Najib – membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.
2. Laporan ini dibuat bagi memmita siasatan rasmi dilakukan ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an.
3. 19 hari kemudian, Mahathir memfailkan saman permulaan terhadap Najib dan kabinetnya serta enam anggota RCI terbabit – termasuk Yusof Ismail – dengan menuntut laporan akhir siasatan itu sebagai tidak sah dan terbatal.
4. Menurut Mohamed Haniff Khatri Abdulla, saman itu difailkan kerana kecuaian dan kegagalan panel memasukkan perkara-perkara asas ke dalam laporan RCI.
5. “Ini adalah keseluruhan nota prosiding berkaitan keterangan lisan saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan dan dirakam di dalam prosiding RCI, samada melalui transkripsi ataupun secara rakaman video,” katanya.
6. Katanya, pihak RCI juga gagal untuk memasukkan keseluruhan hujah dari pelbagai pihak samada melalui hujah bertulis mahupun lisan.
7. Kemudian, setelah Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, Menteri Perundangan, Liew Vui Keong, mendedahkan bahawa Yusof Ismail sebenarnya telah menarik balik laporannya kepada pihak polis.
8. Ini bermakna, penarikan balik laporan yang disentuh oleh Najib di akaun Facebook miliknya bukannya dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan atau Mahathir.
9. Sebaliknya, penarikan balik laporan ini dibuat oleh seorang yang dilantik oleh pejabat Najib sendiri sebagai ahli panel RCI pada ketika Najib masih bergelar Perdana Menteri.
10. Orang ini kemudian diangkat sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebaik sahaja Barisan Nasional dan Perikatan Nasional kembali berkuasa menerusi pintu belakang.
Maka terbuktilah bahawa Najib telah memfitnah Mahathir dan Pakatan Harapan, dan beliau seharusnya membuat permohonan maaf tetapi terus mempertahankan kenyataan fitnahnya itu untuk memperdaya penta’subnya.
Banyak lagi penipuan oleh Najib di Facebook berupa putarbelit fakta, fitnah dan penampilan fakta terpilih yang tidak memberikan gambaran tepat, yang telah saya bongkarkan menerusi sesi-sesi live baru-baru ini.
