Tahniah – DAP, PKR tunduk pada UMNO ‘selamatkan’ kerajaan, kerajaan pula batal pinjaman RM2 bilion pada Pulau Pinang

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

تهنيئه – دڤ، ڤقر توندوق ڤد امنو ءسلامتكنء كراجأن، كراجأن ڤولا بطل ڤينجامن رم2 بيلياون ڤد ڤولاو ڤينڠ

Keseluruhan rakyat Pulau Pinang harus salahkan pemimpin-pemimpin parti DAP serta PKR kerana pinjaman kerajaan negeri sejumlah RM2 bilion dibatalkan.

Kebodohan dan kedunguan mereka membuatkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN ambil kesempatan untuk menekan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan membatalkan pinjaman RM2 bilion yang memerlukan jaminan kerajaan persekutuan.

Inilah kebodohan dan kedunguan semua pemimpin-pemimpin DAP yang susah-payah tunduk pada UMNO yang akhirnya menjeratkan diri mereka sendiri.




Inilah akibatnya menolong mengukuhkan kedudukan kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang tidak akan ikhlas sama sekali dengan pihak pembangkang khususnya yang kurang cerdik seperti pemimpin-pemimpin DAP serta PKR.

Untuk pengetahuan pemimpin-pemimpin kurang cerdik DAP yang senantiasa diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim; inilah padahnya memberi sokongan membuta-tuli.

Bila kerajaan ‘tebuk atap’ PN dapat kuasa dan ‘tengkuk’ mereka terlepas maka umno akan tunjuk ‘taringnya’ yang sebenar.

Jangan sama sekali percaya pada UMNO serta Anwar Ibrahim. Presiden PKR ini adalah ‘manusia berpenyakit’ yang telah dicucuk hidung wajib ikut telunjuk kerajaan ‘tebuk atap’ PN kerana pelbagai masalah peribadi yang sedang digenggam oleh mereka untuk menekannya.

Pengkhianatan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR dalam undian dasar belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam telah mencipta satu ‘bala’ yang cukup pantas yang merugikan keseluruhan rakyat Pulau Pinang.

Hari ini kerajaan negeri pulau pinang telah kekurangan RM2 bilion untuk tujuan penjanaan program pembangunan.

Reaksi serta layanan buruk kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang diundang sendiri oleh parti DAP dan PKR!

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...