
Haniff Khatri
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pada hari ini, 27.04.2022 dalam satu Majlis Pengesahan dan Pelantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Ketua Hakim Negara YAA TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT telah dengan TEGAS, TAJAM dan TEPAT membuat satu kenyataan terhadap segolongan para POLITIKUS, yang secara salah cuba dari masa ke semasa mengheret sistem kehkiman negara ke arah tohmahan dan retorika palsu politik yang boleh menjejaskan kepercayaan dan kehormatan RaKyat kepada sistem kehakiman negara, seperti yang dipetik antara lain oleh MALAYSIAKINI 27.04.2022 bertajuk “Kritikan terhadap kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan – Tengku Maimun” :
“Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata meskipun hakim tertakluk kepada kritikan awam dan memikul tanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik namun tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap mereka serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.
“Beliau berkata walaupun rakyat termasuk ahli politik bebas mengkritik badan kehakiman pada tahap tertentu, tidak bermakna mereka boleh melakukan serangan yang tidak berasas dan keji terhadap badan kehakiman atau hakim tertentu demi kepentingan sendiri.
“Katanya sejak kebelakangan ini, mahkamah telah menangani kes berprofil tinggi serta membabitkan kepentingan awam dan sudah menjadi lumrah buat hakim untuk menerima kritikan serta tuduhan daripada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
Bagaimanapun, Tengku Maimun berkata apa yang berlaku baru-baru ini berhubung tuduhan dilemparkan terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pandangan beliau, adalah agak keterlaluan.
“Apabila wujud keperluan untuk mengkritik badan kehakiman, perkara inin hendaklah dibuat secara membina dan tidak menjejaskan kebebasannya serta keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman,” katanya ketika berucap pada majlis angkat sumpah 17 pesuruhjaya kehakiman yang disahkan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.
“Tengku Maimun berkata mana-mana pihak tidak sepatutnya menyemai benih-benih keraguan dalam kalangan orang ramai berhubung integriti badan kehakiman atau hakim.”
2. Sememangnya, satu-satunya tunjang utama yang diharapkan Rakyat untuk mendukung inti dan semangat konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG serta KELUHURAN PERLEMBAGAAN di negara ini adalah MAHKAMAH, yakni SISTEM KEHAKIMAN yang dibantu SISTEM PERUNDANGAN.
3. Maka, tidak ada keperluan sesiapa untuk menambah kepada kenyataan lengkap YAA Ketua Hakim Negara berkenaan, melainkan untuk mengucapkan TERIMA KASIH, TAHNIAH dan SYABAS kepada YAA Ketua Hakim Negara di atas kenyataannya yang TEGAS, TAJAM dan TEPAT itu.
4. Walhal, ianya bukan sahaja menjadi tanggungjawab kesemua para HAKIM dan PEGAWAI KEHAKIMAN untuk menjunjung intipati kenyatan itu, malah ianya menjadi tanggungjawab bersama para pengamal undang-undang, samada dalam Pejabat Peguam Negara serta para Peguam swasta, untuk turut sama membantu dalam segala cara yang mampu untuk menggalas dan mendukung tanggungjawab keperlembagaan ini.
5. Hatta, ianya adalah peri penting untuk para pengamal undang-undang di negara ini, untuk membuat kenyataan dan penjelasan berpandukan kepada konsep KEDAULATAN UNDANG-UNDANG serta KELUHURAN PERLEMBAGAAN berkaitan mana-mana perkembangan semasa yang cuba menggugat kesucian sistem Kehakiman, jikapun kenyatan dan penjelasan itu TIDAK POPULAR di kalangan mana-mana pihak POLITIKUS atau PIHAK, selagi ianya memberi pemahaman sebenar inti dan semangat KEDAULATAN UNDANG-UNDANG serta KELUHURAN PERLEMBAGAAN demi kepentingan Rakyat dan kesejahteraan negara tercinta ini.
6. Dalam nafas yang sama, ianya juga menjadi tanggungjawab kesemua para pengamal undang-undang di negara ini untuk berani secara TEGAS, TAJAM dan TEPAT membuat kenyataan dan penjelasan yang perlu, seandainya ada di kalangan kita dalam sistem perundangan dan sistem kehakiman yang mungkin tergelincir dari landasan sebenar KEDAULATAN UNDANG-UNDANG serta KELUHURAN PERLEMBAGAAN, selagi kenyataan dan penjelasan itu dibuat secara membina dan tidak menjejaskan kebebasan sistem kehakiman serta tidak menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem perundangan mahupun sistem kehakiman berkenaan.
7. Justeru, saya dengan rendah diri mengucapkan TERIMA KASIH, TAHNIAH dan SYABAS kepada Ketua Hakim Negara YAA TUN TENGKU MAIMUN TUAN MAT di atas kenyataan yang tepat pada masanya.
TANPA GUNDAH-GANJARA !!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
WAJIB TONTON:

