Tahun 2017: Bagaimana pertumbuhan ekonomi kita?

Salleh Said Keruak

1. Samuel P. Huntington dalam bukunya Political Order in Changing Societies menyatakan satu cara untuk menilai pembangunan politik sesebuah negara ialah dengan melihat kepada pertumbuhan ekonominya.  Indeks pengukuran yang beliau gunakan ialah pendapatan per kapita dan kadar kemiskinan.




2. Bagaimana dengan negara kita?  Satu yang pasti ialah pencapaian kita berbeza dari persepsi sesetengah pihak yang menganggap kita tertinggal di belakang.  Ini kerana data yang ada menunjukkan kita telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi yang cukup baik berbanding dengan negara-negara jiran.

3. Mengikut CIA World Factbook bagi tahun 2017, GDP per kapita Malaysia adalah ($27,200), jauh lebih baik dari negara serantau kita yang lain seperti Thailand ($16,800), Indonesia ($11,700), Filipina ($7,700), Vietnam ($6,400), Myanmar ($6,000), dan Laos ($5,700).

4. Dari segi nilai kemiskinan pula, World Factbook 2017 melaporkan kadar kemiskinan di Malaysia adalah yang paling rendah berbanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain.  Nilai kemiskinan negara kita hanyalah 3.8% sahaja, berbanding dengan Vietnam dan Indonesia (11.3%), Thailand 12.6%, Laos (22%), Filipina (25.2%), dan Myanmar (32.7%).  Jika dibandingkan dengan negara yang mempunyai nilai kemiskinan paling tinggi Syria (82.5%), Madagascar (75.3%), Zimbabwe (72.3%), maka saya rasa bersyukur dengan kejayaan negara kita menjaga kesejahteraan hidup rakyat.

5. Dengan usaha kerajaan untuk menjadikan kita negara berpendapatan tinggi, saya yakin Tahun 2018 menjanjikan kehidupan rakyat yang lebih baik.

Sumber: sskeruak.blogspot.my



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...