Tajuddin pertahan Zahid, dakwa UMNO tak perlu siasat surat sokongan Zahid terhadap Anwar

Mengulas mengenai Umno berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat sekali gus boleh memberi keuntungan politik kepada pembangkang, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu berkata, ia hanya andaian semata-mata. Sumber (gambar): Fail TTF

تاجو الدين: امنو تق ڤرلو سياست دعوأن اننوار موسى برهوبوڠ سورت سوكوڠن زاهيد

Tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengenai wujud sokongan secara hitam putih yang turut membabitkan pemimpin tertinggi Umno kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan itu tidak benar dan menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu yang cuba memburukkan kepemimpinan Umno.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan, beberapa pemimpin Umno menggesa satu jawatankuasa khas ditubuhkan parti itu bagi menyiasat dakwaan dikemukakan Annuar serta kesahihan surat sokongan parti itu kepada Anwar. 

Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting bagi memastikan siasatan terperinci dilakukan terhadap dakwaan Annuar yang menyatakan parti itu bakal bekerjasama dengan Anwar dan DAP bagi membentuk kerajaan baharu.


PASIR SALAK: Tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengenai wujud sokongan secara hitam putih yang turut membabitkan pemimpin tertinggi Umno kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, dakwaan itu tidak benar dan menyifatkan ia sebagai tuduhan palsu yang cuba memburukkan kepemimpinan Umno.




Menurutnya, ia dilihat bertujuan untuk menghasut dan menyalahkan kepemimpinan dengan melakukan perbuatan yang tidak mengikut dasar parti yang menolak Anwar Ibrahim dan DAP.

“Tak perlu layan dakwaan itu. Tiada keperluan (menubuhkan jawatankuasa khas), lagipun tuduhan itu tidak betul. Tidak ada cadangan, usaha atau gerakan untuk menyokong Anwar Ibrahim atau DAP.

“Dia kata ada pemimpin Umno berjumpa dengan pemimpin DAP dan Anwar, tidak boleh jumpa ke? Bukan bermakna bila jumpa kita mahu ada satu gerakan untuk menubuhkan pakatan kerjasama politik,” katanya ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 keluarga yang terjejas banjir di Dewan Serbaguna Chikus, di sini, malam tadi.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan, beberapa pemimpin Umno menggesa satu jawatankuasa khas ditubuhkan parti itu bagi menyiasat dakwaan dikemukakan Annuar serta kesahihan surat sokongan parti itu kepada Anwar.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu penting bagi memastikan siasatan terperinci dilakukan terhadap dakwaan Annuar yang menyatakan parti itu bakal bekerjasama dengan Anwar dan DAP bagi membentuk kerajaan baharu.

Sementara itu, mengulas mengenai Umno berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat sekali gus boleh memberi keuntungan politik kepada pembangkang, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya parti itu berkata, ia hanya andaian semata-mata.

Katanya, pilihan raya perlu diadakan supaya rakyat boleh memberi mandat kepada kerajaan baharu yang lebih stabil.

Loading...

“Mana mereka tahu ada protes ke tidak sebab belum sampai masa lagi, belum sampai masa nak tahu siapa menyokong siapa, siapa nak protes siapa.

“Pada masa sekarang ini kerajaan tidak stabil. Jadi nak mewujudkan kerajaan yang stabil lebih baik pergi kepada rakyat supaya rakyat memilih.

“Mandat baru dan kestabilan ini penting, kerajaan tak stabil tiada yang mahu melabur dalam negara dan tiada peluang pekerjaan,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

UMNO, PAS, PPBM goyang dipukul gelora kuasa ketiga Tun Mahathir

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...