Tajuk terbitan asal FMT berhubung forum GBN tidak tepat, menimbulkan kekeliruan

Raggie Jessy Rithaudeen

Terbitan asal Free Malaysia Today berhubung forum GBN bersama rakyat yang berlangsung di Hotel Summit USJ semalam tidak menepati tema serta perkara yang dibincangkan di forum tersebut.

Artikel tersebut, yang bertajuk “NGO Melayu nampak rasis kerana cepat melatah, emosi lawan DAP, kata forum,” memberi gambaran seolah-olah GBN memberi fokus terhadap NGO Melayu yang tidak tahu cara menangani isu yang berkaitan DAP.




Hakikatnya, forum semalam tidak tertumpu kepada mana-mana perkumpulan Melayu-Islam dan  merujuk kepada semua kelompok yang ada, baik dari pihak yang membangkang mahupun mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan.

Saya menghubungi pihak FMT sebak selepas artikel tersebut diterbitkan dan meminta tajuknya diubah. Biarpun perkara ini dilakukan, TTF turut akan membuat liputannya sendiri dan memuat naik klip-klip perutusan yang disampaikan oleh para panelis.

Apapun, GBN tidak memandang serius perkara ini dan akur bahawa siapa sahaja, termasuk pihak TTF sendiri, mampu melakukan kesilapan sedemikian.

Sekian.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...