
“Datuk Seri Nazri Aziz sendiri pernah memiliki sejumlah saham besar dalam syarikat Harrisons Holdings (Malaysia) Bhd yang terlibat secara langsung dengan penjualan dan pengedaran produk minuman beralkohol. Malah, Syarikat guaman miik Nazri, Nazri Aziz & Wong, turut pernah dilantik menjadi penasihat guman kepada Harrisons”
Raggie Jessy Rithaudeen
Tidak sampai seminggu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kemungkinan kelab malam, pusat hiburan dan pub ditutup terus, pemimpin UMNO memberi lampu hijau bagi pusat-pusat itu beroperasi, siap dengan cara-cara aktiviti mereka boleh dimulakan.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, menasihati Persatuan Pemilik-Pemilik Pusat Hiburan Labuan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya operasi mereka disambung semula pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kenyataan Annuar dibuat sehari selepas menteri PAS, Khairuddin Aman Razali, menzahirkan sokongannya terhadap cadangan Muhyiddin agar kelab malam dan pusat hiburan ditutup terus.
Khairuddin sebelum ini mencetus kontroversi apabila cuba menghalalkan tindakkannya setelah melanggar perintah kuarantin yang diwajibkan bagi sesiapa yang memasuki negara.
Percanggahan ketara antara kenyataan-kenyataan Muhyiddin, Khairuddin dan Annuar menimbulkan spekulasi UMNO tidak berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap cadangan Muhyiddin.
Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan pusat industri hiburan dan jualan arak di negara ini berkait rapat dengan UMNO dan MCA dan adalah atas jasa mereka selama lebih 60 tahun menerajui kerajaan.
Turut tidak dinafikan ialah pemilikan saham dalam pusat industri hiburan dan jualan arak yang dikaitkan samada secara langsung atau tidak langsung dengan beberapa ahli politik dari kedua-dua MCA dan UMNO.
Misalnya, Datuk Seri Nazri Aziz sendiri pernah memiliki sejumlah saham besar dalam syarikat Harrisons Holdings (Malaysia) Bhd yang terlibat secara langsung dengan penjualan dan pengedaran produk minuman beralkohol.
Malah, Syarikat guaman miik Nazri, Nazri Aziz & Wong, turut pernah dilantik menjadi penasihat guman kepada Harrisons.
Jadi tidak hairanlah kepimpinan tertinggi UMNO ditekan oleh kroni sendiri dan MCA sebaik selepas Muhyiddin mencadangkan penutupan pusat hiburan memandangan ramai pemimpin MCA turut terlibat dalam perlbagai kapasiti dengan industri berkenaan.
MCA dan UMNO turut dikatakan terganggu gugat dengan penurunan mendadak harga saham Carlsberg Brewery Malaysia Berhad yang tercetus selepas cadangan Muhyiddin disokong oleh beberapa ahli PAS di Facebook masing-masing.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

