
Khairuddin Abu Hassan
تق موڠكين كرجاسام دڠن انور، رعيت ده تق تريما
Saya agak setuju dengan kenyataan YB Khalid Samad bahawa undi penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim kalau digabungkan lebih ramai.
Secara teorinya memang benar tetapi masalahnya Anwar Ibrahim seorang yang sewel dan gila.
Mana boleh bergabung dengan manusia ‘busuk hati’ pakar ‘baling batu sorok tangan?’ Mana mungkin kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini?
Tambahan pula, Anwar Ibrahim seorang yang ‘gila meroyan’ yang mana hidupnya hanya bercita-cita rakus untuk jadi perdana menteri Malaysia.
Hakikatnya, seseorang macam Anwar Ibrahim mana layak untuk dilantik sebagai ‘khalifah’ utama kita.
Dalam agama Islam hukumnya haram untuk melantik orang yang Nabi tidak mengaku umat sebagai ‘khalifah’ kita.
Dalam isu Anwar Ibrahim ianya bukan soal politik tetapi ianya adalah persoalan hukum-hakam agama.
Untuk mencadangkan agar bergabung dengan Anwar Ibrahim bagi menambahkan lagi jumlah sokongan undi adalah sesuatu yang sukar untuk dicapai dan tidak munasabah.
Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup ke kompleks mahkamah jalan duta sebelum PRU14 untuk bersalaman dengan Anwar Ibrahim kearah penyatuan bagi memenangi pilihanraya umum yang lepas.
Mantan perdana menteri ini juga secara jujur telah bertungkus-lumus untuk keluarkan Anwar Ibrahim dari penjara melalui proses pengampunan oleh KDYMM Agong walaupun tanpa keujudan ‘pardon board’ selepas PH memenangi PRU14.
Anwar Ibrahim terus dilayani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di mana tokoh negarawan ini sanggup meluangkan masa sebulan sekali bagi menerima kunjungan Anwar Ibrahim di pejabat perdana menteri pada waktu itu.
Tetapi akhirnya budi baik Tun Dr Mahathir Mohamad dibalas dengan ‘tuba’ oleh Anwar Ibrahim.
‘Manusia berpenyakit’ aneh ini bukan ada nilai-nilai mengenang budi. Tak usah bercakap untuk Anwar Ibrahim membalas budi baik Tun Dr Mahathir Mohamad; hendak mengenang serta membalas budi baik oleh Anwar Ibrahim jauh sama sekali.
Kita sama sekali tidak boleh mempercayai Anwar Ibrahim. Beliau adalah ‘kali penipu’ nombor satu negara.
Demi untuk berpaut pada kuasa; Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa saja demi mencapai kepentingan agenda rakus politiknya.
Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah buat satu keputusan yang bijak untuk menjadi ‘kuasa ketiga’ baru tanpa terikat pada PH ataupun PN.
Satu blok ‘kuasa ketiga’ baru harus diujudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad secara kadar segera bagi MAJORITI ORANG-ORANG MELAYU SUDAH TIDAK PERCAYA DENGAN ANWAR IBRAHIM LAGI.
Lupakan saja dengan Anwar Ibrahim yang tidak relevan lagi. Satu barisan pembangkang baru yang benar-benar berprinsip kearah membela kepentingan bangsa serta negara harus diujudkan tanpa manusia yang bernama Anwar Ibrahim.
Kini Anwar Ibrahim sanggup bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin kleptokrats demi mengejar impiannya untuk jadi perdana menteri.
Namun, akhirnya Anwar Ibrahim telah ditipu dan diperbodohkan oleh golongan kleptokrats ini. Inilah tahap mentaliti ‘selut’ Anwar Ibrahim. Realitinya juga, Anwar Ibrahim tidak ada otak.
Keseluruhan rakyat sedang menolak Anwar Ibrahim kerana ‘warna’ sebenar beliau sudah cukup dikenali oleh semua pihak kini.
Jadi, kenyataan YB Khalid Samad pada kasarnya agak benar tetapi secara realitinya sukar dicapai kerana Anwar Ibrahim seorang yang kemaruk kuasa dan tidak mengenang budi.
Presiden PKR ini hanya layak dihantar ke Hospital Bahagia Tg Rambutan dan biar beliau pimpin semua penghuni di situ.
Kaedah dan pendekatan ini Anwar Ibrahim akan berjaya serta cemerlang di Hospital Bahagia Tg Rambutan.
JANGAN BUANG MASA DENGAN ‘PENYANGAK’ ANWAR IBRAHIM
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
