Tak perlu hina Mahathir, Muhyiddin

“Usahlah kita mempersoal lagi apa yang sebenarnya terjadi. Jika anda adalah seorang peminat Mahathir, teruskanlah sokongan anda terhadap Mahathir. Jika anda peminat Muhyiddin, maka sokonglah Muhyiddin”

Raggie Jessy Rithaudeen

ق ڤرلو هينا محضير، محي الدين

Saya sebenarnya tidak ingin mengeluarkan kenyataan ini selagi belum mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak tertentu.




Tetapi memandangkan pertemuan-pertemuan ini masih belum berlaku, saya memutuskan untuk berbincang sedikit berhubung kemelut politik yang melanda baru-baru ini melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan kepimpinan serta ahli parlimen dari PPBM, UMNO, PAS, kem Datuk Seri Azmin Ali, Sabah dan Sarawak.

Sebagai rakyat Malaysia, apa yang harus diutamakan ialah junjungan kasih kita yang tidak berbelah-bahagi terhadap titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara dan Ketua Agama Islam dengan keyakinan bahawa limpah kurnia serta keprihatinan Baginda Tuanku disanjung tinggi rakyat jelata.

Memang banyak versi yang mengisahkan apa yang sebenarnya terjadi antara Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Versi yang mana satu betul dan mana satu salah tidak mungkin diketahui oleh kita kerana bukan kita yang berada dengan Mahathir dan Muhyiddin apabila mereka bertemu.

Justeru, elakkan fitnah dan jaga peradaban, jangan cepat melabel Mahathir atau Muhyiddin sebagai pengkhianat, gila kuasa dan sebagainya.

Memang saya ada pendapat peribadi berhubung apa yang sebenarnya terjadi, tetapi memandangkan ianya melibatkan isu pelantikan Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong, saya tidak fikir saya layak menyoal atau memberi pendapat kerana ianya mungkin menghina kemuliaan payung kebesaran Tuanku yang harus kita sanjung dan taati dengan setinggi-tinggi ketaatan yang mungkin.

Jadi usahlah kita mempersoal lagi apa yang sebenarnya terjadi. Jika anda adalah seorang peminat Mahathir, teruskanlah sokongan anda terhadap Mahathir. Jika anda peminat Muhyiddin, maka sokonglah Muhyiddin.

Loading...

Jangan sekali-kali lupa bahawa lantikan Muhiddin adalah atas kuasa dan hemat Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebarang pertikaian proses pelantikan Muhyiddin oleh kita sama maknannya dengan menghina kemuliaan dan kebesaran Institusi Diraja serta Yang di-Pertuan Agong.

Ini tidak bermaknya Muhyiddin dan Mahathir tidak berhak mempertikaikan pendapat satu sama lain berhubung sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Sesungguhnya, pertikaian itu bukanlah satu penghinaan kepada kemuliaan Institusi Diraja dan Yang di-Pertuan Agong kerana kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir terlibat secara langsung dengan proses meraih sokongan dan berhak mempertahankan pendapat masing-masing.

Bersikaplah matang dan objektif, elak daripada bersngka buruk. Janganlah kerana kekhilafan kita tersungkurnya satu nilai peradaban yang cukup ulung di bumi Allah ini.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...