
“Bukan hanya andaian yang dibuat oleh Takiyuddin dan cara ianya disampaikan bersifat bongkak, kenyataan-kenyataan sebegini hanya akan meningkatkan lagi suhu politik dan memarahkan rakyat yang sudah sedia tertekan dan seksa dengan tindak tanduk kerajaan”
Raggie Jessy Rithaudeen
تاكييوددين برسيكڤ بوڠكق ترهادڤ اڬوڠ
Tafsiran Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung titah Yang di-Pertuan Agong adalah sesuatu yang bahaya kerana ianya mungkin memberikan persepsi palsu berhubung apa yang benar-benar dimaksudkan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku.
Menurut Takiyuddin, perkataan yang digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah ‘persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin’, bermakna Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen diadakan pada bulan tertentu.
“Perdana Menteri kata pun bulan September atau Oktober (Parlimen boleh berlangsung). Sekarang kita sudah hampir penghujung Jun. Selepas ini Julai, Ogos, September… sudah hampir,” katanya.
Ini tidak masuk akal.
Sebabnya, sasaran Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parlimen akan bersidang “pada bulan September atau Oktober” merupakan sebahagian daripada Pelan Pemulihan Negara.
Manakala itu, Yang di-Pertuan Agong menjelaskan bahawa sidang parlimen perlu disegerakan bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan, sekaligus bermakna Seri Paduka Baginda Tuanku inginkan sidang parlimen disegerakan lagi.
BACA JUGA: TANDA JELAS RAJA RAJA MELAYU SEDAR ADA YANG TIDAK KENA DENGAN PENTADBIRAN MUHYIDDIN
Jika diambil kira semua ini, ungkapan ‘secepat mungkin’ yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan persetujuan Raja-Raja Melayu bahawa parlimen perlu ‘segera bersidang’ berkemungkinan besar merujuk kepada perlunya notis persidangan dikeluarkan segera agar parlimen boleh bersidang sebelum tamat Darurat.
Ini adalah penjelasan paling logik jika niat seseorang adalah untuk membuat tafsiran peribadi.
Saya hairan bagaimana Takiyuddin tidak dapat memahami logik ini atau perlunya kerajaan merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk mendapatkan tafsiran yang tepat bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan atau penghinaan terhadap institusi Diraja.
Bukan hanya andaian yang dibuat oleh Takiyuddin dan cara ianya disampaikan bersifat bongkak, kenyataan-kenyataan sebegini hanya akan meningkatkan lagi suhu politik dan memarahkan rakyat yang sudah sedia tertekan dan seksa dengan tindak tanduk kerajaan.
WAJIB BACA:
